SPECIAL ADS

23 Januari 2014

MB dedah dokumen isu ahli PKNS


23 Jan : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan ketua setiausaha sulit supaya mendedahkan dokumen-dokumen mengikut kronologi yang berkaitan isu ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dokumen-dokumen sulit seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri didedahkan menggunakan kuasa menteri besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.

"Dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab dimana rakyat berhak diberitahu kedudukan sebenar tentang sesuatu isu," demikian menurut satu kenyataan pejabat menteri besar Selangor hari ini.

Dokumen-dokumen juga boleh dimuat turun di laman web rasmi kerajaan Selangor. MK

Tiada ulasan: