UNTUK RENONGAN AHLI DAN ALP KPF
21 Jan : KPF sekarang mempunyai melebihi 2.5 billion wang tunai. KPF adalah hak peneroka dan anak anak peneroka kerana majority saham adalah milik peneroka dan anak anak peneroka sekarang.
1. Ada-kah keangotaan ALP melambangkan kepentingan ahli ahli ini?
2. Ada-kah keputusan pelaburan dalam KPF nanti lebih mementingkan kepentingan ahli atau kepentingan pengurusan FELDA?
Cadangan saya Pengerusi, setiausaha dan bendahari hendaklah bukan dari DG atau pegawai kanan Felda seperti dilantik sekarang. Kerana dikhuatiri berlaku Conflict Of Interest. Undang2 kecil juga menyebut perlantikan pengerusi, setiausaha, hendaklah terdiri dari ALP dilantik. Lagi pun Felda sudah tiada mempunyai apa kepentingan setelah saham FH dijual.
Dan lebih baik lagi satu mesyuarat Khas dibuat melantik semula Pengerusi menggantikan yang ada sekarang. Rujuk undang2 kecik KPF..
Pandangan : ALP dikalangan pengurusan Felda adalah baik kerana ada kesinambungan urusan operasi Felda yg boleh menguntungkan KPF.Ia juga dilihat sebagai satu jaminan kepada kelestarian perjalananan KPF yg memastikan ianya terus utuh memberi keuntungan dan kebaikan kepada ahlinya iaitu warga Felda itu sendiri.FELDA merupakan tunjang kekuatan KPF dlm urusan pelaburan di dlm Felda atau di luar.Branding FELDA itu sendiri telah memberi keyakinan kpd syarikat2 utama negara dan luar negera utk memberi ruang KPF melabur dlm syarikat mereka.Ini kekuatan dan peluang KPF utk terus berdaya saing dan unggul serta terus maju jaya.Perlu melihat " THE SUPPLY CHAIN OF FELDA " barulah kita lebih faham akan keistimewaannya.
KPF dan FELDA merupakan satu SINERGI yg secara berterusan (sustainable ) membawa kebaikan kepada ahlinya. Perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang perlu di bincangkan dlm makmal pelan perniagaan KPF.Pelan ini pula diterangkan kpd ahlinya bagi memberi keyakinan dan kefahaman ttg operasi dan perjalanan pelaburan KPF. THIS IS THE JOURNEY OF KPF.
Saudara Shah Mali .. KPF dulu memang tegak oleh kerana Pengerusinya adalah dari DG2 yang mementingkan pendapatan KPF iaitu ahli. Sebab itu KPF berjaya mendapat saham Felda Holding dengan harga yang cukup rendah atas usaha DG2 terdahulu. TETAPI pengerusi sekarang iaitu DG sekarang memilih langkah yang jauh menyimpang. Mementingkan kedudukan sendiri bukan ahli. Berpuluh tahun usaha Pengerusi2 terdahulu akhirnya KPF terpilih sebagai Koperasi tersohor tetapi dalam sekelip mata pula nama KPF tercalar oleh kerana pimpinan yang salah. Dimana dikatakan ada kesinambungan nya kalau yang memutuskan nya adalah DG Felda sendiri iaitu Pengerusi KPF. Dulu KPF beli saham Felda Holding dengan harga yang cukup murah dan membawa pulangan yang cukup tinggi. Hari ini KPF terpaksa membeli saham FGV dengan harga yang tinggi tetapi pulangan nya??.
Felda Holding dahulu pun, mempunyai niat untuk membantu KPF sebab itu harga ditawarkan kepada KPF hanya sebagai token saja. Tetapi dengan FGV ni niatnya berniaga sebab itu membeli saham FH dlm KPF dengan harga yang murah. Disini pun kita sudah nampak kepincangan Kepimpinan KPF...maaf
Perkara ini perlu di lihat secara faktanya..Persoalannya adakah faktanya begitu...siapakah yg boleh mengesahkan secara tektitalnya mcm yg diutarakan oleh Sdr. Shaharudin dari sudut ekonomi dan legalnya..Adakah yg diutarakan merupakan fakta yg sebenar atau pun satu perseption dan tanggapan dari ediologi pemikiran motifan.
Kiikikikikikiki .... Setelah pegangan kpf terhadap felda holding dilacurkan kepada FGV masih ada lagi org umno yg bermimpi felda holding masih mendatangkan keuntungan kepada kpf.... Cerita dongeng itu dicanang untuk menunjukkan kebebalan akal mereka sendiri ... Kikikiiki... Dah khianat harta peneroka masih lagi nak jadikan peneraju kpf ?? Tak tahu malu ke ?
Kpf tertubuh sekitar tahun 78/79 atau seawal 1980..tertubuhnya sebagai penyokong aktiviti felda holding.pelabur utama staff felda dan sebahagian peneroka sahaja . Setelah kpf menunjukkan prestasi dividen yg baik bilangan pelaburan kian bertambah.bantuan kerajaan turut menambah jumlah pelaburan melalui agihan 2000 boleh tun ghafar( almarhum).jumlah pelabur kian bertambah apabila 2nd generation turut melabur.saya pernah bersama penyelia peneroka berkempen supaya peneroka melabur dlm kpf seawal penubuhannya.,
Bukan mudah mengajak peneroka melabur ketika itu.akhirnya kpf berkembang bersama fhb.
Baca balik perjanjian peneroka masuk felda .. Segala kos operasi gaji kakitangan kilang dan pejabat felda di potong dari pendapatan peneroka dan akhirnya felda diswastakan mengikut dasar penswastaan tun mahathir kpf laa satu satunya entiti yg mewakili peneroka sebagai badan yg memegang amanah pemilikan peneroka terhadap felda holding ... Merupakan satu pengkhianatan besar apabila harta kebanggaan peneroka kini dilacurkan oleh pemimpin pemimpin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan