SPECIAL ADS

13 Januari 2014

'PM sudah lupa bayaran royalti minyak K'tan?

13 Jan : Bekas anggota exco Kelantan Datuk Husam Musa kini tertanya-tanya jika Perdana Menteri Datuk Najib Razak terlupa selepas lebih setahun berjanji untuk membayar royalti minyak kepada negeri ditadbir PAS itu.

Najib pada Ogos lalu menjemput PAS untuk menyertai satu jawatankuasa baru untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga dengan bangga pernah menyatakan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada Mei tahun lalu.

"(Najib) berjanji bahawa beliau akan bayar dalam tempoh enam bulan, mungkin dia sudah terlupa,” kata Husam di Putrajaya semalam.

Husam berkata Kelantan telahpun melantik wakilnya ke mesyuarat tersebut namun individu berkenaan sehingga kini masih belum mendengar apa-apa berita dari Putrajaya.

“Kenapa lama sangat? Takkanlah Najib boleh ambil masa 30 minit naikkan harga minyak tapi tak boleh selesaikan isu royalti minyak kami?,” katanya yang menggesa agar media turut mengingatkan perdana menteri berhubung isu tersebut.

Pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan bayaran royalti minyak kepada Kelantan sebaik pentadbiran negeri itu dirampas oleh PAS pada 1990.

Negeri di tangga kedua paling miskin itu sehingga kini kekal bawah pentadbiran PAS. MK

Tiada ulasan: