Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata,penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.
Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.
“Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.
“Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat,” katanya.
Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.
Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.
Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.
“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.
Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49, berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.
Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.
“Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang,” katanya.
Suhu di Besut 19 darjah Celsius
Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.
Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.
Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.
Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.
Seorang penduduk di Besut, Yusof Ali, 72, berkata, keadaan suhu sejuk dirasakan sejak beberapa hari lalu, memaksa dia memakai baju lebih tebal.
Menurutnya, seingatnya, kali terakhir suhu sejuk berlaku di daerah ini ketika dia berusia 15 tahun, kira-kira 57 tahun lalu dan tidak berlaku lagi selepas itu sehinggalah ia berulang sekarang.
Macam Ada Ais Bawah Tilam: Beberapa Bandar Dan Daerah Malaysia Alami Cuaca SejukCuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam.Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.Menurutnya, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu. Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari tadi.Seorang peniaga, Siti Mariam Husin, 54, berkata, sejak perubahan suhu seminggu lalu, dia kini terpaksa memakai pakaian dua lapis dan stokin setiap kali keluar rumah waktu pagi.Menurutnya, dia dan dua anaknya, Nur Hidayah Hashim, 23, dan Nur Hazira Hashim, 28, terpaksa mandi menggunakan air panas untuk menghangatkan badan pada waktu pagi selain mengalami kesukaran untuk tidur malam.“Adakalanya saya rasa seperti ada ais di bawah tilam dan untuk menghangatkan badan saya terpaksa guna lebih selimut.“Pada mulanya saya ingatkan saya sahaja yang merasa perubahan suhu tetapi selepas mendengar perbualan beberapa penduduk di sini barulah saya sedar yang suhu di kawasan kampung semakin sejuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Pak Abu, dekat sini, petang ini.Sementara itu, Nur Hazira berkata, dia diserang demam dan sakit kepala sejak berlakunya perubahan suhu seminggu lalu.Menurutnya, gejala sama turut menimpa beberapa pelanggan kedai ibunya yang memberitahu mereka juga diserang demam panas dan sakit kepala.Malah katanya, permintaan terhadap minuman berais juga turun mendadak kerana pelanggan meminta air panas ketika memesan minuman di kedainya.“Dulu ibu terpaksa membuka kipas apabila waktu tengah hari namun kini terpaksa menutup alat elektrik itu kerana suhu cuaca terlalu sejuk.Semetara itu, Perlis kini sekali lagi merekodkan perubahan suhu yang agak berbeza daripada biasa walaupun pernah dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malamBerdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.“Catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan ini sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China dan Siberia.“Jadi, penurunan suhu boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan juga kepulan awan,” katanyaMenurutnya, jika tiupan angin lebih kuat dan kepulan awan tidak tebal atau banyak pada waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah dan ia adalah perkara normal.“Pada awal Januari lalu stesen meteorologi Chuping pernah mencatatkan suhu sehingga 19.8 darjah Celsius.“Rekod suhu terendah yang pernah direkodkan dari stesen berkenaan adalah 17.8 darjah celsius pada 26 Februari 1998. Selepas minggu ini, suhu dijangka kembali meningkat bermula awal Februari,” katanya yang percaya suhu di sini tidak akan turun kurang daripada 20 darjah celcius pada minggu akan datang,” katanya.Muhammad Helmi berkata, catatan suhu yang rendah kerana musim Monsun Timur Laut ini bukan hanya dialami di Perlis tapi juga negeri di sebelah pantai timur semenanjung.Disebabkan perubahan suhu yang agak mendadak ini juga, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian yang bersesuaian jika perlu melakukan aktiviti luar pada waktu malam. -HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan