24 Jan : "Dahulu dahulu, Ustaz Awang Bakar, bekas exco Terengganu pernah berkata dalam siri ceramahnya bahawa rakyat terutama sekali orang Melayu di perlakukan macam ayam daging.
Pada mulanya penulis tidak berani membenarkan istilah yang begitu berat yang amat sangat itu. Mana mungkin rakyat, terutama sekali orang Melayu bah ayam daging.
Ayam daging binatang. Memang tak tahu apa apa pun. Ayam daging memang tak pernah kisah yang dia akan disembelih apabila sampai masanya
Akan tetapi rakyat kita terutama orang Melayu, mustahil tidak tahu apa apa terhadap dirinya dan tak faham akan apa yang diperlakukan oleh kerajaan yang memerintah sekarang.
Rupa rupanya ada kebenarannya. Buktinya bekas wakil rakyat BN, Cikgu Wan Ibrahim pernah berkata, dalam siri ceramahnya di kubur Timah Batu Rakit Terengganu lama dahulu.
Apakah yang beliau cakapkan itu? Katanya, Ah mudah sahaja. Kan rakyat kita ini macam itik. Itik memang bising didalam reban. Apabila dilepaskan, diamlah dia.
Katanya lagi, Apa susah dibubuhnya dedak dan hampas kelapa, maka menerkanlah dia. Lepas itu diamlah dan tak bising bising lagi.
Penulis diberitahu oleh salah seorang penduduk Kampung Batu Rakit akan cerita tersebut bahawa pemimpiun umno selama lama telah menganggap orang Melayu serupa macam itik.
Hari ini ada kebenaranya. Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu akan hal itu dan tidak bimbang dengan rungutn rakyat, kerana ia mudah untuk diselesaikan, beri RM 650.00 diamlah mereka.
Sebab itu Datuk Seri Najib, tidak pernah merasa bersalah memotong subsidi minyak petrol dan Gula punca harga barang naik membuat sara hidup tinggi dan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Beliau kelihatan tidak kisah apa yang berlaku pada rakyat. Apatah lagi marah marah orang umno terhadap sara hidup yang jadi tinggi itu.
Lebih lebih lagi sudah ada farmulanya untuk menutup mulut rakyat yang bising bising sekarang ini.
Bayangkan, bagaimana perihal ikit atau ayam daging yang penulis garap diatas itu. Bising rakyat, terutama sekali orang Melayu hanya sekejap sahaja.
Apabila Dapat duit RM 650.00 yang sedang dalam proses pada bulan Januari ini, maka senyaplah yang bising bising macam ikit yang belum dilepaskan dalam reban itu.
Itulah yang membuat pemimpin Negara satu Malaysia tidak kisah, malah tidak pernah bimbang dengan marah marah rakyat, kerana mereka akan disuap dengan wang yang disediakan yang nisbahnya RM 1.80 satu hari itu akan bereslah permasalahannya." TKite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan