Bengkel tersebut dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepada petugas PDK tentang kepentingan 'Rancangan Pembelajaran Individu (RPI)' dan memantapkan lagi penguasaan dan kebolehan Petugas PDK untuk membuat penilaian yang lebih berkesan kepada OKU (Orang Kelainan Upaya).
Selain daripada itu dapat membantu petugas bagi menentukan tahap pencapaian pembelajaran OKU berdasarkan kemahiran yang sedia ada dalam jangkamasa yang ditetapkan. Antara lain dapat meningkatkan pencapaian OKU dengan pemantauan yang rapi oleh penyelia dan petugas PDK.
Langkah ini sebagai satu medium dalam keberkesanan dan kejayaan program pemulihan, pembelajaran dan latihan kepada kumpulan sasar iaitu pelatih OKU di Pemulihan dalam Komuniti (PDK).
Program berkenaan menelurusi kepada aspek 'Program RPI - Keanggotaan RPI dan Pengisian RPI' oleh En. Syahrul Ikram. Disamping itu, Kursus Asas Pengacaraan Majlis dan Protokol yang dikendalikan oleh En. Baharin Roslan dari JKM Setemban, Negeri Sembilan.
Yang menarik, istilah 'Satu, Dua. Tiga' yang membolehkan seseorang tersenyum dengan spontan. Ini diterjemahkan oleh penceramah YM Tengku Ahmad Faizal bin Tengku Rahim dari Ketua Unit Kaunseling JKMN Selangor dalam tajuk ceramah 'Kaunseling dan Motivasi'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan