SPECIAL ADS

15 Januari 2014

Tarif dan air percuma Selangor dalam ancaman

Tarif dan air percuma Selangor dalam ancaman
16 Jan : Kerajaan Pesekutuan diingatkan perlu mengutamakan rakyat Selangor dalam isu pengambilalihan industri air negeri itu, dan bukannya lebih memihak untuk menguntungkan syarikat kroni.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jika kerajaan pusat mengizinkan pengambilan balik dengan harga lebih tinggi dari RM9.65 billion yang ditawarkan kerajaan negeri kepada pemilik konsesi, ia sudah tentu menjejaskan hasrat kerajaan negeri untuk meneruskan pemberian air percuma dan mengekalkan tarif air rendah seperti sedia ada.

"Kerajaan Persekutuan dan Menteri perlu merujuk kepada peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wasia) dan jangan mengizinkan pengambilan balik dengan harga lebih dari 12 peratus pulangan pelaburan ekuiti (ROE) kepada pemilik konsesi. 

"Seandainya Menteri meluluskan pembayaran asset kepada pemilik konsesi yang lebih dari itu maka bukan sahaja kerajaan negeri bahkan rakyat akhirnya akan terpaksa menanggung tariff yang tinggi," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Dzulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, jika itu berlaku, harga pengambilalihan yang mahal ini akan dipindahkan kepada kerajaan negeri dan akhirnya terpaksa menaikkan tariff bagi membayar balik pinjaman yang diberikan kepada KDEB oleh pihak Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) yang menjalankan pembelian balik asset bagi mewakili Kerajaan Persekutuan.
 
Selain itu, ia sekaligus akan menjejaskan keupayaan kerajaan negeri mengendali pemberian air percuma 20 meter padu itu kerana kos pemberian air percuma yang ditaggung kerajaan negeri setiap tahun ialah sebanyak RM150 juta.

Selain itu, rakyat juga katanya mahu bertanya, adakah kerajaan negeri boleh memberi jaminan bahawa mereka akan terus diberi hak sebagai pemegang lesen pajakan apabila tamat konsesi dan bermula pajakan kelak.

"Lebih penting lagi ialah apa jaminan untuk kerajaan negeri bahawa apabila tamat regim konsesi dan bermula regim pajakan, maka yang diberi kuasa pajakan ialah kerajaan negeri yang memajukan KDEB sebagai pemegang lessen pajakan yang diperbarui tidak silap saya setiap 3 tahun," soalnya.

Beliau juga berpendapat, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar meredakan kegawatan atau kerunsingan rakyat, dengan menerangkan apakah syarat-syarat yang telah dikemukakan kepada Menteri KeTTHA itu sebelum pengambilalihan diputuskan.HD

Tiada ulasan: