SPECIAL ADS

13 Januari 2014

Artikel Memalukan Rosmah Ini Di Padamkan Dari Portal Sinar Harian


14 Jan : Kenapa agaknya tiba-tiba Sinar Harian memadamkan laporannya tentang kejayaan anak Rosmah Mansor, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street?


Adakah ada pihak yang telah menghubungi Ketua Pengarang Sinar Harian meminta pihak mereka memadamkan artikel berkenaan?

Selain dari melaporkan tentang produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Sinar juga melaporkan kerana ianya turut melaporkan filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Printscreen sila lihat di AmenoWorld.

Apa yang tinggal jika korang klik pada tajuk ini 'Anak Rosmah, Riza Aziz Harumkan Nama Negara' hanyalah paparan di bawah ini..

Lebih menarik lagi mStar yang pada mulanya turut melaporkan perkara yang sama mengenai perkara tersebut telah turut memadamkan perenggan yang menyentuh Rosmah Mansor itu..

Ini printscreen sebelum perenggan tersebut dipadam..


Ini setelah perenggan tersebut dipadam..

Kenapa agaknya ya??? adakah mereka menerima arahan?

Sumber: Addin

Tiada ulasan: