Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, langkah itu, yang dinyatakan ketika membantah 'flash mob kangkung' ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon itu , mengancam keharmonian awam, berunsur hasutan dan bertujuan mengalih isu kenaikan harga barang dan rasuah.
Sambil menyifatkan tindakan itu memangsai gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, DAP juga akan membuat laporan polis, kata Lim.
"Bagi mengelakkan daripada bertanggungjawab terhadap kenaikan harga dan rasuah, Umno tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyemarakkan api kebencian agama dan kaum terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu bagi mengekalkan cengkaman mereka ke atas undi orang Melayu.
"Umno pasti naif jika mereka berfikir orang Melayu begitu mudah mempercayai retorik Umno yang melampau, sedangkan harga barangan terus meningkat, dan demonstrasi Umno gagal meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat," katanya.
Semalam, sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.
Lee PKR, bukan DAP
Mereka membawa sepanduk yang menyamakan perbuatan menghina perdana menteri seperti menghina Melayu dan “ABCD - Asal Bukan Cina DAP” dan “DAP musuh Islam”.
Sepanduk yang paling menarik berbunyi “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?”
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata bukan sahaja DAP tetapi pelbaai kaum tidak mahu 13 Mei tercetus semula.
"(Bagaimanapun) perhimpunan Umno cepat bertukar perkauman apabila pemimpin tertinggi DAP telah menjadi sasaran sedangkan Lee Khai Loon dari PKR.
"Adakah DAP menjadi sasaran mudah Umno kerana pimpinan tertinggi kami adalah orang Cina, tidak seperti pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Melayu?" kata Lim yang turut berharap polis membenarkan demonstrasi aman Pakatan Rakyat pada masa akan datang. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan