15 Jan : Perdana Menteri dan Menteri Kabinet diseru melaksanakan nilai yang dipegang Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mengamalkan sikap berhemah dan berjimat semasa pentadbirannya.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata Perdana Menteri dan Menteri Kabinet juga perlu membaca tulisan Datuk Seri Nazir Razak yang mengimbas kenangannya ketika membesar bersama Tun Abdul Razak.
Kata Teresa, artikel itu mengandungi banyak peringatan dan nasihat yang baik, yang dapat dijadikan tauladan oleh menteri.
“Jelas, jika soalan itu ditanya, kerajaan tidak akan luluskan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat kerajaan ketika dijemput ke Qatar atas kapasiti peribadi.
“Juga tiada menteri yang buat majlis hari jadi mewah ketika rakyat diminta berjimat cermat,” kata Teresa dalam satu kenyataan media.
Artikel bertajuk ‘Remembering my father, Tun Razak’ yang disiarkan laman The Star semalam antaranya menceritakan sikap berhemah beliau dalam menggunakan dana awam.
Memetik artikel itu, Tun Razak enggan memenuhi permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri, hanya atas sebab ‘nanti apa rakyat kata?’.
Teresa berkata, Perdana Menteri dan para menteri perlu menanyakan soalan itu kepada diri sendiri agar sentiasa sedar kepercayaan yang diletakkan rakyat ke atas mereka.
Perdana Menteri pula menggesa supaya rakyat bersakit-sakit dahulu, tetapi PM, Menteri dan pemimpin BN bermewah-mewah.
Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan melalui kepimpinan melalui tauladan?
Perdana Menteri pula menggesa supaya rakyat bersakit-sakit dahulu, tetapi PM, Menteri dan pemimpin BN bermewah-mewah.
Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan melalui kepimpinan melalui tauladan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan