Di tengah-tengah kritikan ekoran yang mengaitkan masyarakat Cina sebagai “penceroboh”, seorang wanita Cina beragama Islam tampil menyatakan sokongan terhadap NGO kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Sehari selepas Cina Muslim Muhammad Ooi menuntut presiden ISMA menyatakan motifnya, Alifah Ting Abdullah, anggota PEMBINA, sayap belia NGO itu, tampil menyatakan sokongannya.
Seperti disiarkan di laman web ISMA, Alifah berkata, beliau “darah Cina yang sedar asal usul” itu percaya Malaysia akan sentiasa menjadi milik orang Melayu.
“Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam).
"Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam),” beliau dipetik sebagai berkata.
Alifah malah bersikap sinis dengan masyarakat Cina yang tidak mampu bertolak ansur dan mempunyai rasa hormat seperti generasi kaum itu sebelum ini yang menandatangani kontrak sosial dengan Melayu sebagai “tuan punya tanah”.
Golongan itu, tambahnya, “elok juga untuk memohon kewarganegaraan (negara) China”
Beliau juga berkata, sepanjang mengenali organisasi itu, ISMA lantang mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta dan bukti dengan mengambil kira al-Quran sebagai rujukan.
NGO itu juga, tambahnya, sangat konsisten dalam mentarbiah ahlinya iaitu termasuk beliau sendiri.
“Bukan lepas baling batu sorok tangan, tidak... itu bukan ISMA!” katanya.
Alifah juga berkata, beliau terbuka hati menjadi orang Islam setelah mengenali pejuang-pejuang ISMA dan melalui tarbiah mereka. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan