SPECIAL ADS

20 Mei 2014

Ustaz Azhar Idrus Buat Laporan Polis Kes Raba?

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap satu kenyataan pengguna laman Facebook, Maryam Mazlieynna Mazlee yang mendakwa dirinya telah diraba dan diajak melakukan persetubuhan haram oleh pendakwah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus dituduh Meraba

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, dakwaan yang dibuat gadis tersebut dilihat mampu menjatuhkan reputasi serta pengaruh Ustaz Azhar sebagai seorang penceramah agama yang disegani ramai.

Oleh itu, pihaknya menggesa agar Ustaz Azhar tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan salah laku moral membabitkan dirinya.

Abdul Rani Kulup Abdullah

“Saya menyeru dan menggesa Ustaz Azhar atau menghantar wakil untuk membuat laporan polis dan dihebahkan untuk menafikan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya lagi, gadis tersebut tidak seharusnya menulis tuduhan itu di dalam blog mahupun Facebook untuk memburuk-burukkan Ustaz Azhar iaitu seorang ulama yang hebat, yang mungkin difitnah dengan pertuduhan itu.

“Tidak mungkin seorang ustaz yang warak dan ramai pengikut malah saya juga salah seorang daripada peminat beliau, dituduh sebegini rupa,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rani menyarankan agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terbabit.

Maryam Mazlieynna Mazlee

“Jika tidak dipadam (kenyataan Maryam), ia akan dibaca oleh generasi akan datang dan penyebaran ini sekali gus akan merosakkan nama Ustaz Azhar,” katanya lagi.

Sebelum ini laporan perihal status Maryam di Facebook yang menulis, “ini bukan fitnah benar-benar berlaku! Tanya UAI untuk kebenarannya. Percayakah kalau aku kata UAI pernah nak ‘tackle’ aku siap ‘booking’ bilik hotel. Dia ingat dia siapa? Pergi jahanam dengan UAI”. - Mynewshub.my



Tiada ulasan: