SPECIAL ADS

23 Mei 2014

Lebih ramai Dyana Sofya akan lahir

BALING: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, peristiwa berdarah Memali telah menjejaskan imej kerajaan Umno BN keseluruhannya.

Malah kata beliau, dengan pendedahan terbaru bekas Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam dan diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, maka 'krisis kredibiliti' sedang berlaku.

"Ada satu krisis kredibeliti sekarang, krisis kewibawaan. Maka ini kena ada satu penyelesaian segera," katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi.

Menurut beliau lagi, jika kerajaan BN masih tidak mahu membetulkan fakta sejarah Memali ini, maka parti itu perlu bersedia untuk menerima hakikat lebih ramai anak muda akan menyanggah perjuangan BN.

"Termasuk seperti calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya, malah lebih ramai lagi akan lahir anak muda yang menyuarakan pendapat mereka, menyanggah perjuangan BN ibu bapa mereka, kerana krisis kredibiliti ini," kata beliau.

Cara kerajaan menangani isu Memali ini juga kata beliau, satu lagi perkara yang menjadi bahan lawak kepada rakyat.

Ia katanya tidak ubah seperti isu panda, kangkung dan membeli seekor ayam degan harga RM1, yang kini menjadi bahan ejekan rakyat kepada kerajaan BN.

"Bagaimana kerajaan boleh buat cerita fitnah bunuh sebegini.

"Saya baca dalam al-Quran, kalau kita bunuh orang beriman, kita masuk dalam neraka dan kita kekal dalam neraka," tambahnya.

Menurut Muhammad, peristiwa Memali yang mengorbankan 14 orang termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud atau ustaz Ibrahim Libya, berlaku setahun sebelum beliau menjadi besar Selangor.

Beliau berkata, ianya adalah satu tindakan kezaliman dan kerajaan perlu segera meminta maaf dan membetulkan segera fakta itu. HD

Tiada ulasan: