SPECIAL ADS

29 Mei 2014

Empat ping bukan daripada kotak hitam MH370, kata pegawai Amerika

Empat transmisi akustik yang menjadi fokus pencarian pesawat MH370 tidak lagi dipercayai datang daripada kotak hitam pesawat itu, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS), lapor AFP, hari ini.
Timbalan Pengarah Tentera Laut AS bahagian kejuruteraan laut, Michael Dean berkata kepada CNN, terdapat persetujuan ia daripada buatan manusia yang tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang di dalamnya.
Dean berkata, jika ping datang daripada perakam berkenaan, pasukan pencari akan menjumpainya.
Dean dalam laporan CNN berkata, negara lain yang terlibat dalam mencari MH370 juga membuat kesimpulan yang sama.
“Teori terbaik kami pada ketika ini adalah (ping) mungkin beberapa bunyi yang dihasilkan oleh kapal atau dalam sektor elektronik daripada Pinger Pencari yang ditunda," kata Dean seperti dipetik daripada CNN.
"Sentiasa menjadi kebimbangan apabila meletakkan peralatan elektronik di dalam air adalah jika apa-apa di dalam air yang boleh menghasilkan bunyi."
Dean berkata, walaupun tidak mengenepikan sama sekali ping itu mungkin datang daripada kotak hitam penerbangan itu, tidak ada bukti juga yang menunjukkan begitu.
Pengakuan ini datang ketika pencari membuat kesimpulan dalam fasa pertama pencarian di mana mereka sudah mengimbas 239 batu persegi dasar laut tanpa menemui sebarang kesan serpihan pesawat itu.
Mesej akustik memainkan peranan penting dalam mencari MH370, usaha yang paling luas dan mahal dalam sejarah penerbangan.
Pihak berkuasa sebelum ini berkata teknologi meningkatkan peluang kejayaan manakala pegawai pencarian menyatakan "keyakinan" terhadap ping apabila ia ditemui bulan lalu.
Bagaimanapun, pakar memberi amaran kerosakan dalam kemalangan atau tekanan laut dalam boleh mengubah frekuensi Pinger, yang dihasilkan daripada ping fekuensi 33.3 kHz - lebih rendah sedikit daripada frekuensi reka bentuk 37.5 kHz.
Mereka juga menimbulkan kebimbangan mengenai laman pengesanan ping yang berbatu jauhnya yang mencatatkan bunyi boleh bergerak jauh, bahkan bergema, dalam persekitaran air.
Dalam laporan CNN semalam, Dean berkata, pegawai juga bimbang kerana walaupun ping dikesan dua kali pada 5 April, pencari mempunyai kesukaran untuk menemuinya semula pada hari berikutnya.
Semalam, syarikat satelit Inmarsat British mempertahankan ketepatan data mereka, dan berkata ia turut diperiksa oleh pihak lain.
Naib Presiden Inmarsat untuk operasi satelit, Mark Dickinson memberitahu CNN banyak pihak lain yang melakukan kerja yang sama dengan nombor yang sama bersetuju ketepatan data.
"Kami juga membandingkan data di sini dengan data yang berkaitan dengan penerbangan lain pada masa sama dan juga data daripada penerbangan sebelumnya oleh pesawat sama," kata Dickinson.
Menurut maklum balas yang diterima oleh CNN, keluarga penumpang MH370 bersetuju data perlu dikeluarkan lebih awal, tetapi tidak sepakat tentang kesannya kepada siasatan semasa atau pada pencarian pesawat yang hilang.
CNN juga melaporkan keluarga yang lain, terutama di Malaysia, tidak peduli tentang data sama ada ia adalah 100 % tepat atau tidak, yang mereka mahu hanya beberapa serpihan bagi membolehkan kes ini ditutup.
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika hilang pada 8 Mac.
Walaupun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kegagalan mekanikal, mereka berkata kehilangan komunikasi mencadangkan pesawat itu sengaja terpesong daripada laluan asal dari Kuala Lumpur ke Beijing.TMI

Tiada ulasan: