SPECIAL ADS

28 Mei 2014

Rakan peguam Dyana dedah putar belit Umno


KUALA LUMPUR: Rakan peguam Dyana Sofya tampil mengemukakan bukti menjawab tohmahan beberapa laman blog pro-Umno kononnya calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan itu bukanlah seorang peguam.

Peguam Afiq Mohamad Noor yang menulis di laman sosial Twitter mempamerkan sijil perakuan amalan guaman Dyana yang merupakan seorang rakan kongsi firmanya dan menjalankan amalan guaman pada tahun 2012 dan 2013.

“Akhir-akhir ini ramai yg mempersoalkan adakah benar Dyana Sofya merupakan seorang peguam atau tidak?”

“Saya mengesahkan bahawa Dyana Sofya adalah rakan kongsi, peguam dan rakan sekerja saya di sebuah firma di Cyberjaya,” tulis beliau di Twitter dipetik Roketkini.

Afiq yang juga seorang peguam Lawyers for Liberty, menunjukkan dua sijil amalan guaman tahunan Dyana bagi tahun 2012 dan 2013 yang kedua-duanya ditandatangani Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mohd Khushairy Ibrahim.

“Dyana telah bersama dengan firma kami sejak 9 November 2011 sehingga 30 Disember 2013,” tambah beliau lagi.

Dyana menerima ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 2010, sebelum menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma undang-undang korporat di Bukit Bintang dan seterusnya diiktiraf sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2011.

Beliau tidak menjalankan amalan guaman setelah tidak memperbaharui sijil tahunannya apabila dilantik sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tahun lalu.

Carian di laman web Majlis Peguam menunjukkan Afiq merupakan seorang peguam di firma undang-undang Nizamuddin Hamid & Co. yang beralamat di Cyberjaya. HD

Tiada ulasan: