SPECIAL ADS

21 Mei 2014

Saya belajar Muay Thai - Dyana


KUALA LUMPUR: Siapa sangka di sebalik wajah yang lembut, calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sedang belajar seni bela diri Muay Thai.

Beliau yang yang cukup terserlah dengan sifat keperempuanan mengakui mula belajar sukan lasak itu sejak Febuari lalu dan masih di peringkat permulaan.

"Saya juga mengamalkan sukan Muay Thai sejak Februari lalu. Saya masih di peringkat 'beginner'," katanya dipetik dalam tembual eksklusif dengan Mstar Online.

Dyana turut memberitahu beliau suka memakai baju kurung berkain songket bahkan mempunyai banyak koleksi baju kurung dirumahnya.

Beliau juga seperti anak gadis yang lain suka membeli belah secara online dan menyifatkan semua gadis mempunyai 'masalah' itu sama seperti dirinya.

Menjelas peribadinya, Dyana berkata beliau adalah seorang yang begitu komited dengan kerja dan berusaha untuk mencapai sesuatu dalam hidup dengan bersunggh-sungguh.

Dyana mengakui beliau merupakan 'hantu coklat' dan akan memakan coklat terutama apabila tidak berkesempatan untuk mengambil hidangan lengkap.

"Saya seorang 'hantu coklat'. Saya akan pastikan coklat dibawa ke mana-mana," katanya yang tidak mengemari makan segera tetapi menyukai masakan gulai lemak pucuk ubi dan sambal tumis.

Mengulas pujian banyak pihak terhadap rupa parasnya, Dyana berkata beliau menghargai pujian itu tetapi akan memastikan rakyat lebih menilai yang dikatakanya.

Dalam temubual itu, Dyana turut mendedahkan dirinya masih single namun dan tidak mahu berkongsi lanjut kerana belum sampai masanya.

Dyana, 27, merupakan anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat. Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Politik Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertanding dua penjuru antara calon DAP Dyana Sofya dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong.  HD

Tiada ulasan: