SPECIAL ADS

9 Mei 2014

Syiling [Pulau Nangka] dipercayai azimat pengasih

Syiling dipercayai azimat pengasih?

MELAKA - Dua syiling yang ditemui ketika kerja mencari harta karun di Pulau Nangka pada 30 April lalu, dipercayai bukan digunakan bagi tujuan perdagangan pada zaman dahulu, sebaliknya lebih kepada wafak atau azimat.

Itu tafsiran Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Drs Mohd Nasruddin Rahman yang menafsirkan penemuan syiling itu berdasarkan pengalamannya.

“Ia dijadikan azimat atau wafak kerana tulisan Jawa Kuno dipaparkan adalah tentang kesetiaan seseorang.

“Saya yakin syiling itu berfungsi untuk ilmu pengasih kerana ciri-cirinya mampu bangkitkan aura bagi menarik kekasih serta membangkitkan rasa rindu,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, tulisan terukir pada syiling berkenaan membawa maksud kesetiaan seorang utusan mempertahankan amanat dipikulnya sehingga ke titisan darah terakhir.


Beliau yang berpengalaman sebagai Kurator di Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) selama 17 tahun berkata, ia lebih kepada kisah tentang utusan kesatria pendatang bernama Ajisaka yang mengawali peradapan Pulau Jawa.

Mengenai ukiran gambar berunsur dewa pada syiling itu, Mohd Nasruddin berkata, ia adalah watak Semar atau dikenali sebagai Kyai Lurah Semar Badranaya. MS

Tiada ulasan: