“Jika kita terjun ke arena politik, gertakan, ancaman dan fitnah sudah menjadi amalan politik di Malaysia.
"Kita kena tahu arena politik di Malaysia sudah punah, maka mereka akan melakukan keganasan," ujarnya semasa berucap di Sekolah Han Chiang malam tadi.
Tambahnya, apa berlaku hendaklah dianggap sebagai satu cubaan semata-mata dalam menjalankan kerja untuk rakyat.
“Saya di Bukit Gelugor terpaksa berhadapan dengan berbagai fitnah dan ancaman termasuk dimaki hamun oleh calon Bebas di Kampung Melayu serta ahli dan penyokong Umno di hadapan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang,” ujarnya.
Katanya lagi, walaupun diasak dengan fitnah sepanjang kempen beliau tetap ingat kepada pesan ayahnya (Karpal Singh) supaya memandang fitnah sebagai batu loncatan untuk membina kekuatan.
"Saya jadikan ayah saya dan Datuk Seri Anwar sebagai idola orang politik tanah air kerana mereka berani, berprinsip dan kuat mempejuangkan hak rakyat," terangnya. HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan