SPECIAL ADS

14 Mei 2014

Undang2 jadi senjata politik di Malaysia

the_economist_dsai
LONDON : Malaysia antara negara yang mempergunakan undang-undang sebagai senjata politik untuk menekan pembangkang, lapor akhbar berpengaruh United Kingdom, The Economist.
The Economist menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menonjolkan dirinya sebagai liberal melalui pemansuhan undang-undang menindas yang ditinggalkan penjajah.
“Namun selepas pilihan raya umum ke-13 tahun lalu, sejumlah pemimpin politik pembangkang menghadapi dakwaan dibawah Akta Hasutan atau pelanggaran undang-undang perhimpunan awam,” artikel ‘The long arms of the law: Across Asia, judges are having too much say in politics’, dipetik.
The Economist menyatakan bahawa hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah paling serius, walaupun ‘tidak bersifat politik’.
“Ketika Barack Obama mengunjungi Malaysia bulan lalu Perdana Menteri Najib Razak menekankan bahawa kes Anwar adalah masalah undang-undang yang tidak ada kaitan dengan kerajaan.
“Tetapi, permohonan kerajaan (Malaysia) sendiri yang menyebabkan pembebasan Anwar ditarik semula,” lapor artikel tersebut.
Dalam pada itu, artikel The Economist turut menyatakan bahawa Anwar adalah tokoh politik yang berjaya menyatukan pelbagai jalur pembangkang di Malaysia dan sekiranya beliau ke penjara, keadaan menjadi ‘tidak menentu’.

Tiada ulasan: