SPECIAL ADS

15 Mei 2014

Adakah Ahli Politik Malaysia Paling Banyak Terlibat Amalan Rasuah?

3-stooges-l9-May-650x350
Aksi keluar masuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno dalam tempoh masa 24 jam semalam seakan mengiyakan hasil kaji selidik terbaru Malaysian Corruption Barometer (MCB) 2014 yang menunjukkan ahli politik dipercayai paling banyak terbabit rasuah.

Tiga ADUN itu temasuk Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Ajil).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata tiada sesiapa akan mempercayai bahawa krisis kepimpinan di Terengganu itu berlaku hanya disebabkan ketidakpuasan hati berhubung majlis perkahwinan anak perempuan bekas menteri besar berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pegangan kucar kacir ahli Umno itu yang mendorong masyarakat beranggapan ahli politik yang boleh dipercayai dan disandarkan kini tidak wujud lagi.

“Bekas Ketua Pengarang News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin sempat membangkitkan persoalan taktik licik dan politik kotor dalam isu ini.

“Beliau siap membayangkan tiga ahli Umno yang menjadi ADUN bebas itu boleh berubah fikiran semula jika ‘kena pada harganya’.

Teori ‘kena pada harganya’ oleh Kadir Jasin itu akhirnya terbukti benar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil kaji selidik terbaru MCB menunjukkan 45 peratus daripada 2,000 responden percaya salah laku rasuah paling banyak diamalkan ahli politik diikuti pasukan polis (42 peratus), pegawai dan penjawat awam (31 peratus) dan parlimen dan badan perundangan (23 peratus).

Ini adalah kali pertama ahli politik dilihat sebagai paling korup berbanding hasil kajian sebelum ini yang sering diungguli pasukan polis.

Kajian turut menunjukkan hanya 28 peratus responden percaya Kerajaan Pusat bertindak dengan efektif dalam menangani rasuah iaitu persepsi paling rendah pernah dicapai dalam tempoh lima tahun.

Sebelum ini, Wall Street Journal dan Transparency International menamakan Malaysia sebagai juara korupsi dengan mengambil kira RM1.2 trilion wang haram dialirkan ke luar negara, selain tiada tindakan dikenakan terhadap kegiatan salah laku dan pembaziran RM6.5 bilion yang dilaporkan Laporan Audit Negara 2012. 

SKini
  

[Dedah] Parti Politik Malaysia Paling Banyak Terlibat Amalan Rasuah - Kajian
Dengan 'Ringgit' Boleh Selesai Krisis Politik Terengganu ?

Tiada ulasan: