SPECIAL ADS

30 Mei 2014

0 0 0 New Pulau Batu Putih: Kredibiliti Peguam Negara jadi asas Malaysia buat rayuan

pulau batu putih pulau batu puteh 230508
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah PAS Malaysia, Mazlan Aliman (gambar) menegaskan kerajaan PAS akan menyerahkan memo sokongan kepada Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khalid Nordin, supaya kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan khas berkenaan isu tuntutan Pulau Batu Putih.
Katanya, PAS pusat memandang serius akan hal tuntutan Singapura untuk mendapatkan hak zon ekonomi eksklusif di perairan Pulau Batu Putih, Johor.
mazlan aliman
Tambahnya lagi, tindakan mereka seakan mencabar hak kedaulatan Malaysia.
“Tujuan diadakan sidang media ini adalah untuk menyokong titah Sultan Ibrahim semalam,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS hari ini.
Semalam Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Johor untuk menubuhkan pasukan khas untuk membuat rayuan terhadap kes tuntutan Pulau Batu Putih ketika bertitah dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Baginda menyebut bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Johor. Baginda akan berikhtiar untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih dengan apa cara sekalipun.
“Saya yang mengetuai jawatankuasa pembangunan tanah Pas Pusat menyokong titah Sultan Johor bahkan kita telah memperjuangkan isu Batu Putih ini sejak 1992,” katanya.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Malaysia menambah isu ini timbul ketika Singapura mendakwa Pulau Batu Putih itu adalah hak mereka.
“Konflik timbul antara Malaysia- Singapura tentang status Batu Putih yang akhirnya pulau itu dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Bila dibicarakan, Batu Putih menjadi hak Singapura,” katanya.
Mazlan mendakwa PAS dari awal tidak bersetuju hal ini dibawa ke ICJ, sebab mana mungkin hak kita, harta kita yang jelas di wilayah kita, tiba-tiba nak dibawa ke ICJ.
“Singapura kini menjaga dua rumah api, satu di Pulau Batu Putih manakala satu lagi di Pulau Pisang. Jadi waktu ini Singapura masih jaga Pulau Pisang, jadi kalau tiba-tiba Singapura dakwa Pulau Pisang itu mereka punya, adakah kita nak guna kes yang sama untuk bawa ke ICJ. Sedangkan lebih nyata, Pulau Pisang berada di perairan negeri kita,” jelasnya.
Katanya, sebab itu kita tak setuju bila hal-hal berkaitan kepentingan wilayah dan harta kita, tiba-tiba hendak dibawa ke ICJ.
“Itu semua adalah kelemahan dan kecuaian daripada kerajaan Malaysia. Bagaimana kita menjaga kepentingan harta kita sehingga terlepas ke pihak asing,” tegasnya.
Menurutnya, sebagaimana keputusan ICJ, ini satu-satunya keputusan yang malang.
“Namun walaupun ada versi mengatakan, bahawa keputusan ICJ adalah muktamad, tetapi ia boleh dirayu. Penasihat undang-undang kami, Arris Abdullah menyebut dalam konteks artikel dan kaedah ICJ, review boleh dibuat sekiranya ada asas-asas yang penting terhadap keputusan ICJ,” ujarnya.
Mazlan berkata apabila timbul dakwaan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim mengatakan bahawa Tan Sri Abdul Ghani Patel menerima sogokan, maka kewibawaan Peguam Negara dipertikai.
“ Tentang dakwaan daripada Mat Zin ini, kemungkinan beliau tidak bercakap benar ketika perbicaraan. Di sini, kita dapati ada asas untuk kita buatr eview. Sebab mungkin di Malaysia, isu-isu integriti itu mungkin agak kecil, tetapi di sisi ICJ, soal kredibiliti lebih-lebih lagi Ketua Pasukan Malaysia dalam perbicaraan, bagi ICJ isu dia terlalu besar. Jadi kita akan gunakan asas-asas ini sebagai permohonan kita di peringkat ICJ,” katanya.
Dalam pada itu, Mazlan juga akan membuat kunjungan hormat ke Wisma Putra dalam menyele

Tiada ulasan: