Spekulasi jawatan Menteri Besar Terengganu akan bertukar teraju semakin kencang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman (gambar, kiri) dilaporkan hampir pasti menggantikan Datuk Ahmad Said.
Abdul Razif yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan Terengganu dijangka akan menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.
Laporan The Star memetik sumber bahawa Abdul Raziz sudah diarahkan bersiap sedia untuk berada di Kuala Lumpur bagi menerima pelantikan tersebut.Abdul Razif berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat exco mingguan pada Rabu.“Beliau berlepas ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.
Beliau menerima panggilan dari Putrajaya pada malam Selasa meminta beliau supaya berada di Kuala Lumpur hari ini (Khamis),” tambah sumber itu.Abdul Razif, 49, merupakan salah seorang daripada dua ADUN dikatakan akan dilantik menjadi Menteri Besar baharu bagi menggantikan Ahmad Said.
Seorang lagi adalah Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45.Perubahan mengenai jawatan Menteri Besar di Terengganu itu timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada pilihan raya umum yang lepas.
BN hanya memenangi 17 kerusi negeri manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat manakala ia berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.Najib telah memberikan Ahmad tempoh penangguhan selama setahun selepas pilihan raya kerana beliau mahu pemimpin Terengganu yang mempunyai keperibadian yang bersesuaian untuk bersama dengan rakyat.
Sumber Putrajaya memberitahu bahawa Ahmad menandatangani surat itu kira-kira dua minggu selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu, lapor portal itu.Surat itu, yang hanya sepanjang dua perenggan, menyatakan bahawa Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Najib.
Sumber di Terengganu berkata, di kalangan para anggota exco dan pegawai kanan amat merasakan bahawa akan terdapat Menteri Besar baharu tidak lama lagi.Ia begitu kuat bahawa mereka percaya bahawa Ahmad telah mempengerusikan mesyuarat exco terakhir pada Khamis.
Ketika ditemui pemberita, Ahmad memberikan jawapan dua perkataan beliau: “Tiada komen.”Bagaimanapun, mereka yang biasa dengan bahasa badan Ahmad berkata, “tiada komen ” itu merupakan jawapan sebenarnya yang bermakna beliau tidak menafikan apa-apa.
“Beliau cuba yang terbaik untuk menerima keadaan yang tidak dapat dielakkan. Lagipun, tidak ada MB secara terbuka akan mengesahkan bahawa beliau bakal melepaskan jawatan itu dalam pertengahan penggalnya,” kata sumber. ~New Malaysian Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan