SPECIAL ADS

21 Mei 2014

MH370: Australia Enggan Dedah Rakaman Audio!

Keraguan baru muncul pula dalam misi pencarian pesawat MH370 apabila pihak berkuasa Australia enggan mendedahkan rakaman audio empat isyarat akustik ‘ping’ diperoleh sebelum ini kepada umum.

flight-370
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, meskipun sebelum ini pihaknya yakin empat isyarat diperoleh itu datang dari kotak hitam hitam pesawat MH370 namun bukti itu mula diragui.

“Analisis terhadap empat isyarat itu masih diteruskan.

Bagaimanapun, rakaman empat isyarat itu tidak didedahkan kepada umum buat sementara waktu,” katanya kepada News Corp Australia.

Pegawai Udara Bersara itu pada awalnya memberitahu dia tidak melihat sebarang isu dengan pendedahan audio itu.

Persoalan yang ditimbulkan sekarang adalah kesahihan dua isyarat ping dikesan alat pengesan pinger ditunda kapal Ocean Shield pada 5 dan 8 April lalu.

“Kami masih meneliti petunjuk itu bagi mengesahkan kawasan sebenar tempat pendaratan terakhir pesawat MH370,” katanya yang masih percaya empat isyarat ‘ping’ itu adalah petunjuk boleh dipercayai.

ADV_Ocean_Shield
Menurutnya, terlalu awal untuk menolak sebarang bukti akustik diperoleh.

Pusat Analisis Akustik Bersama Australia dipetik berkata, empat rakaman diperoleh pada 5 dan 8 April lalu dihantar ke satu kemudahan rahsia di HMAS Albatross, Australia.

Standard frekuensi antarabangsa untuk kotak hitam pesawat Boeing adalah pada 37.5kHz dan Houston yakin transmisi itu sama kepada pengesan kecemasan dan mungkin dari pesawat penerbangan MH370 .

Tetapi pada minggu lalu, Wall Street Journal menyatakan Pegawai Tentera Laut Australia Komander James Lybrand meragui isyarat ‘ping’ kedua diperoleh sebelum ini berpunca dari kotak hitam MH370.

Antara sebab keengganan JACC mendedahkan rakaman akustik adalah kebimbangan ia bakal menyebabkan lebih banyak spekulasi daripada apa diputuskan pakar. -Hmetro

Tentera Diarah Pantau Pesawat MH370?

hishammuddin
Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diberikan satu perkembangan terbaru apabila ada pendedahan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah diarahkan untuk memantau pergerakan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun ATM dilihat membenarkan pesawat itu hilang dari radar selepas membuat keputusan bahawa pesawat berkenaan dikategorikan sebagai ‘bukan ancaman’.

Pendedahan itu dilakukan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu temubual dalam program Four Corner terbitan Australian Broadcasting Corp (ABC), menurut laporan portal The Malaysian Insider.

Ini merupakan kali pertama Hishammuddin berkata bahawa pihak berkuasa penerbangan Malaysia mengarahkan tentera memantau pergerakan pesawat itu.

Perkembangan ini tidak dimasukkan ke dalam laporan awal lima muka surat berkenaan kehilangan pesawat itu oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 Mei lepas.

Laporan berkenaan yang mendapat kritikan hebat tidak memaklumkan langsung berkenaan arahan berkenaan dari pihak berkuasa kepada tentera untuk memantau pesawat itu.

Bagaimanapun, laporan ringkas itu yang turut dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) hanya mendedahkan kejadian dalam tempoh empat jam ketika komunikasi antara pesawat MH370, kawalan trafik udara Malaysia dan negara lain terputus.

Ia juga mendedahkan tempoh masa yang diambil sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Antara informasi lain yang dimuatkan di dalam laporan berkenaan yang turut mengundang banyak tanda tanya dari para penganalisis ialah butiran mengenai kandungan kargo dan juga rakaman audio komunikasi juruterbang dengan kawalan trafik udara.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur 8 Mac lepas.

Laporan itu juga mengatakan ada masalah komunikasi antara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan ATM khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) biarpun mereka berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Subang.

Turut didedahkan pesawat MH370 dengan jumlah 239 orang penumpang telah terbang merentasi Pangkalan TUDM di Pulau Pinang tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak melakukan apa-apa. 

Mynewshub.my

Tiada ulasan: