Baru-baru ini heboh di laman sosial yang mengatakan hukum hudud di Brunei tidak adil, zalim, tidak kondusif kerana hanya golongan marhaen yang akan dikenakan hukuman berkenaan sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan melepaskan golongan elit pemerintah. Benarkah kenyataan ini? Yang mendakwa demikian turut menyatakan bukti seperti gambar di bawah:
"Peruntukan Perkara 84A:
“84B. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda.”
Hurm, kalau baca sekilas pandang maka benarlah dakwaan ini. Sekaligus menyokong kenyataan mereka yang mengatakan hukum hudud di Brunei hanya suatu hipokrasi dan kepura-puraan serta zalim malah tidak adil. Ok. Mai sini saya nak jelaskan segala kesalahfahaman dan fitnah ini.
Perkara yang disebutkan oleh mereka tu kita wajib faham dan hadam. Fasal itu ada di dalam perlembagaan Brunei yang lama dan pindaan perlembagaan yang terakhir adalah pada tahun 2008. Enakmen Hudud pula baru sahaja dilaksanakan pada 1 Mei 2014.
Pada satu kenyataan akhbar di Brunei Times oleh Kementerian Agama Brunei, hukuman jenayah syariah akan dilaksanakan kepada semua yang berada di Brunei tanpa mengira pangkat.
Dan didalam Perlembagaan Brunei yang lama itu terang-terang dinyatakan hanya “Kebawah Duli Sultan Yang Di-Pertuan..” bukan dinyatakan “Kerabat” sebagaimana yang disebarkan oleh sesetengah orang. Mohon periksa balik, jangan main baca sekejap terus tuduh dan hina je.
Seperti yang diterangkan di atas, fasal peruntukan di atas ini telah wujud sebelum Brunei meluluskan penggubalan hudud lagi sebenarnya dalam erti kata lain fasal di atas ini dibuat bukan untuk membolehkan Sultan Brunei terlepas daripada hukuman sebenarnya. Tapi, peruntukan di atas inilah yang sebenarnya yang membolehkan Sultan Brunei mengarahkan hukum hudud diluluskan TANPA ADA SEBARANG HALANGAN daripada mana-mana pihak dalam negara tersebut.
Perlaksanaan hukum Syariat tak boleh lari daripada terma-terma yang perlu diikut antaranya Tadarruj. Sekarang ini Brunei pun baru di peringkat Fasa pertama. Begitu juga di Malaysia, langkah pertama dengan mentaqninkan undang-undang Jinayat.
Sekarang konteks Malaysia, Kelantan dalam fasa seterusnya iaitu nak bawa 'Private Bill' di Parlimen untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 yang hanya tersekat kepada perkara 356 sahaja.
Konteks negara Brunei pula, kena baca dulu Constitutional Documents Brunei. Sebelum laksana Hudud, perkara 84 perlembagaan Brunei SUDAH ADA. Kemudian, Sultan Brunei melakukan penghijrahan dari tiada undang-undang Islam kepada Undang Undang Jenayah Islam.
Tetapi sesetengah orang silap tafsirkan perkara 84 itu. Sedangkan buat masa ini, tafsiran itu sebenarnya Sultan mempunyai kuasa mutlak laksana apa-apapun perlembagaan yang disambung penerangan pada perkara 85 perlembagaan.
Ingat, ini hanyalah fasa pertama kepada perlaksanaan hudud di Brunei. Nantikan fasa yang seterusnya yang mana saya yakin perkara 84 insyaAllah bakal dipinda bagi merealisasikan HUDUD YANG SEBENAR-BENARNYA! Step by step la. Slow, slow orang kata.
Malaysia bila lagi? Langkah pertama pun tak mula-mula lagi. Hurm.
Tetapi sesetengah orang silap tafsirkan perkara 84 itu. Sedangkan buat masa ini, tafsiran itu sebenarnya Sultan mempunyai kuasa mutlak laksana apa-apapun perlembagaan yang disambung penerangan pada perkara 85 perlembagaan.
Ingat, ini hanyalah fasa pertama kepada perlaksanaan hudud di Brunei. Nantikan fasa yang seterusnya yang mana saya yakin perkara 84 insyaAllah bakal dipinda bagi merealisasikan HUDUD YANG SEBENAR-BENARNYA! Step by step la. Slow, slow orang kata.
Malaysia bila lagi? Langkah pertama pun tak mula-mula lagi. Hurm.
http://hijabulcrewz.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan