SPECIAL ADS

25 Mei 2014

Bukan semua ahli PKR baik, kalau rasuah sila adu SPRM,

Khalid Ibrahim bercakap kepada wartawan semasa majlis perkahwinan anak perempuannya di Dataran Prima di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Mei, 2014.
Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‎menyeru mana-mana pihak yang mempunyai bukti ahli parti itu terlibat dalam kegiatan rasuah supaya mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Khalid berkata, PKR berpendirian tegas menolak amalan rasuah dan menyifatkan tindakan itu mencemarkan imej parti, terutamanya ketika menjalani proses pemilihan.
"Kalau sesiapa tahu benda itu (rasuah) berlaku, buatlah laporan supaya ia boleh diselesaikan, janganlah kita buat cerita mahupun fitnah.
Oleh itu kalau tidak betul kita kena betulkan," katanya ketika ditemui semasa Majlis Resepsi anak perempuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Saujana Prima di Kajang, hari ini."PKR sangat terbuka, tidak semua orang parti PKR ini baik, tetapi tidak semua pula jahat.
Beliau mengulas mengenai laporan pemimpin PKR Cabang Gombak ditahan SPRM semalam kerana meminta rasuah daripada wakil syarikat swasta.
Suspek dilaporkan ditahan ketika sedang meminta wang sebanyak RM4,000 daripada sebuah syarikat swasta untuk melanjutkan kontrak yang tamat tempoh. TMI

Tiada ulasan: