SPECIAL ADS

14 Mei 2014

'Pakatan patut jadi kerajaan sementara Terengganu'

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata Sultan Mizan Zainal Abidin sepatutnya melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan sementara di Terengganu dan mengarahkannya untuk membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya baru diadakan.

Pensyarah itu berkata ia adalah langkah yang sepatutnya memandangkan menteri besar yang baru dilantik Ahmad Razif Abdul Rahman hilang kepercayan sehingga menyebabkan ADUN Umno keluar parti semalam.

“Sultan berkenaan tidak melucut jawatan MB yang enggan meletak jawatan dan tidak berbuat apa-apa. Ini berbeza dengan keadaan (dalam krisis perlembagaan) di Perak di mana Istana memilih untuk bertindak memihak kepada Umno dan BN.

“Di Terengganu, kerajaan yang hilang majoriti dibenarkan untuk meneruskan (pentadbiran) dan pakatan yang mendapat majoriti, Pakatan Rakyat dengan 15 kerusi tidak dilantik sebagai kerajaan.

“Sultan boleh melantik Pakatan dan memintanya untuk membubarkan DUN. Sementara menunggu pilihan raya negeri diadakan, Pakatan boleh meneruskan sebagai kerajaan sementara,” kata Aziz.

Bekas profesor undang-undang itu berkata tindakan melantik Pakatan sebagai kerajaan sementara di Terengganu adalah langkah yang lebih mengikut perlembagaan dan demokratik.

“Ia akan membolehkan gabungan parti yang memenuhi syarat yang perlu (majoriti mudah) untuk berkuasa dan pada masa yang sama membenarkan rakyat Terengganu bersuara,” katanya.

Tambahnya, walaupun seorang wakil rakyat Umno mengumumkan kembali kepada parti itu, beliau berkata ia mungkin berlaku dengan cara korup.

Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat perkara tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku.

Menurutnya lagi, beliau berpandangan bahawa “sistem” sedia ada itu memberi ruang dan masa kepada Umno dan BN untuk mencari jalan demi kelangsungan parti tersebut. MK

Tiada ulasan: