SPECIAL ADS

11 April 2013

Bersih : Perlanggaran Tatalaku Kerajaan Sementara

11 Apr : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah menyenaraikan pelanggaran utama tatalaku kerajaan sementara oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini termasuk:
  • Pada 4 April, Menteri Besar sementara, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bonus RM300 kepada kakitangan negeri, sehari selepas pembubaran Parlimen;
  • Tambahan peruntukan RM2.46 juta untuk program keselamatan kejiranan pada 5 April;
  • Penduduk kampung di Bestari Jaya diberi hakmilik tanah dan Khalid menawar untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membayar premium.
"(Ia adalah) sama seperti membeli undi," bidas Irene Fernandez -  pengerusi bersama jawatankuasa khas BERSIH yang memantau pelanggaran pilihan raya - yang telah berjanji untuk mendedahkan kepada awam pelanggaran pilihan raya oleh semua parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Jawatankuasa itu juga menyenaraikan tuduhan 'membeli undi' oleh kerajaan pusat sementara:
  • Pengumuman Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pembangunan Cyberjaya yang bernilai RM6 bilion;
  • Najib mengedarkan 22,000 topi keledar kepada penyokong BN untuk digunakan semasa berkempen;
  • Peruntukan RM5.1 juta untuk sekolah-sekolah Cina di Kedah;
  • Memperluas kad diskaun 1Malaysia kepada pesara kerajaan;
  • Penggunaan kenderaan Jabatan Penerangan di majlis BN;
  • Timbalan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan komputer riba untuk setiap pelajar.
Ditubuhkan selepas pembubaran Parlimen, jawatankuasa khas BERSIH itu memantau kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri - yang telah menjadi kerajaan sementara sehari selepas pembubaran Parlimen dan DUN masing-masing.

Tiada ulasan: