SPECIAL ADS

8 Julai 2013

Pemilihan Umno 2013 dipenuhi liabiliti parti?


09 Julai : Analisa Politik -  Di beberapa kawasan yang dimenangi UMNO, para ‘OPPORTUNIST PARTI ” yang menjadi liabiliti kepada parti yang menduduki jawatan-jawatan tinggi peringkat komuniti terus berhidung tinggi. Merasa sedap atas usaha jerih perit oranglain. Mereka-merekayang sebenarnya tanpa pengetahuan pihak atasan, tidak lagi dialu-alukan olehpenduduk setempat tetapi masih menganggap bahawa kemenangan calon UMNO dikawasan tersebut adalah atas usaha mereka.

Ada cawangan yang masih mengekalkan Ketua Cawangan selama berbelas tahun. Bukan kerana tidak ada yang mahu menentang,bukan tak ada muka baru, tetapi mereka terbelajar dengan cara membungkam , mencantas suaraahli UMNO yang lain dan menguruskan sesebuah Cawangan dengan tidak demokratik.Mengekalkanpemimpin masyarakat yang tidak disukai masyarakat hanyalah liabiliti kepada UMNO.AdaCawangan yang mempunyai ketua yang sanggup untuk tidak meluluskan permohonankeahlian UMNO dari golongan yang kononnya sedikit terpelajar, sedikit berotakdan sedikit berpandangan jauh dari mereka.
AdaCawangan yang memboloti jawatan JKKK yang meliputi beberapa kampung dan tetapmahukan jawatan Ketua Kampung yang didiaminya. Tetapi bila rakyat beraturmemohon sekadar sokongan, birokrasinya seperti negara Uganda. Tentu jauh lebihburuk dari negara Botswana. CPI mereka dua kali ganda di hadapan kita. Jangantak tahu.Dikhabarkan, ada yang minta diberitahu oleh orang rumah bahawa dia ‘tak ada’.Majukah kita di peringkat bawahan dengan pemimpin sebegini? Orang bukan tuntutduit. Orang tuntut tanggungjawab dia. Memang hak mereka untuk menuntut!
Kali ini,kita perlu ubah. UMNO perlu ‘diperbaharui’ agar masyarakat lebih yakin dengankita. Begitu juga para pemimpin masyarakat yang menyembunyikan kepada peringkatatasan bahawa dia sebenarnya ditolak oleh masyarakat sejak sekian lama.
Untuk itu, seruan teman ke seluruh pelusuk negara, haruslah para pelapis mudayang berkelayakan mula menggerakkan pasukan untuk merubah lanskap UMNO akarumbi yang tidak menyenangkan rakyat lagi mulai sekarang bagi persediaanmenghadapi pemilihan UMNO hujung tahun ini.
INGATLAH,pilihanraya melibatkan rakyat keseluruhannya. Calon memang melibatkan parti.Tetapi bukan hanya ahli parti yang mengundi semasa pilihanraya. Ahli partihanya 2 – 5% dari pengundi. Kita perlu tunjukkan sebuah organisasi yangdisenangi 95 – 97% yang lain.
Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.
Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:
* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.
Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:
* Presiden – 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian
* Timbalan Presiden – 20 peratus atau 38 bahagian
* Naib Presiden – 10 peratus atau 19 bahagian
* Anggota Majlis Tertinggi – 5 peratus atau 10 bahagian
* Ketua Pemuda – 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Wwanita – 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Puteri – 20 peratus atau 38 bahagian
Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?
Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.
“Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?,” tanya beliau.
Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.
“Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini. Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun,” katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.
“Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri. Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk pimpinan?” tambah beliau yang mengakui risau.
Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.
Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.
Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?
Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.
“Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung,”.

Tiada ulasan: