KUALA LUMPUR 09 Julai : Adun baru berjaya memainkan peranan besar dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini apabila mereka dilihat kerap mengambil bahagian ketika persidangan berlangsung.
Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh berkata, perkembangan tersebut merupakan suatu yang sihat bagi kemajuan demokrasi di Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau juga berharap suasana itu dapat diteruskan sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Katanya, persidangan dewan kali ini telah berjalan dengan lancar selama enam hari.
“Saya gembira dengan penyertaan kedua-dua belah pihak. Kali ini juga kita dapat lihat ramai Adun muda dari kedua-dua belah pihak.
“Di sebelah BN kita dapat lihat Adun Dengkil, Sungai Panjang dan lain-lain dan sudah tentu juga Damansara Utama, Bukit Gasing dan ramai lagi yang mengambil bahagian ketika dewan bersidang,” katanya dipetik Selangorku.
Adun lain yang dianggap menonjol dalam persidangan kali ini, antaranya Mohd Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras), Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat), dan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bahru).
Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim pula dalam sidang media sama turut mengucapkan tahniah kepada gandingan muda Hannah Yeoh dan timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana berjaya mengendalikan persidangan DNS dengan baik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan