Kuala Lumpur 08 Julai : Analisis mendapati akhbar berbahasa Cina menjadi media paling adil dan berimbang sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Chang Peng Kee berkata, dapatan itu diperoleh daripada analisis terhadap 7,481 laporan di Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Berita Harian, Utusan Malaysia, Star, New Straits Times, Tamil Nesan dan Malaysia Namban.
Analisis itu dibuat antara tarikh penamaan calon pada 20 April sehingga hari pengundian pada 5 Mei, katanya dalam seminar bertemakan "nilai pelbagai kaum dalam pilihan raya" di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur semalam.
Chang (kanan) berkata, akhbar berbahasa Cina memberikan liputan wajar kepada semua pihak dan melaporkan dengan nada yang sama.
Manakala harian berbahasa Melayu mengambil pendirian pro-BN dan menghentam Pakatan Rakyat.
Harian berbahasa Inggeris dan Tamil pula pro-BN dengan kurang liputan negatif terhadap kempen Pakatan.
Bagaimanapun, kata Chang, data awal itu masih tertakluk kepada analsis lanjut.
Laporan Malaysiakini dianggap 'berwibawa'
Sementara itu, pembantu profesor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Zeti Azreen Ahmad berkata, beliau membuat tinjauan terhadap 872 laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia antara tarikh yang sama.
Dapatannya mendapati, sebanyak 25 peratus laporan portal berita ini bersumberkan agensi berita nasional Bernama, sembilan peratus memetik akhbar lain dan 62 peratus kandungan sendiri.
"Walaupun di atas talian, Malaysiakini juga bergantung kepada sumber maklumat yang sama seperti media arus perdana.
"Bagaimanapun, Malaysiakini menjadi antara media yang paling dicari kerana tidak dikaitkan dengan kerajaan atau BN, malah bebas daripada kawalan kerajaan.
"Oleh itu, laporannya dilihat berwibawa, tepat dan mewakili kepelbagaian pandangan," katanya
Zeti (kiri) juga memberitahu, 53 peratus liputan pilihan raya Malaysiakini "seimbang" mengenai kerajaan.
Beliau juga berkata, laporan di dada akhbar tidak boleh menjadi ramalan terhadap tingkah laku pengundi memandangkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen.
Beliau juga menegaskan tinjauaannya masih pada peringkat a
Tiada ulasan:
Catat Ulasan