Azzimudie atau Agbimuddin, adik kepada Sulu
Pasukan keselamatan yakin dia melarikan diri ke sebuah pulau di wilayah Tawi Tawi di selatan
Pegawai di Tawi Tawi percaya bahawa Azzimudie yang mendapat simpati daripada penyokongnya tidak menonjolkan diri untuk mengelakkan daripada ditahan oleh kerajaan Manila yang telah mengarahkan penangkapan beliau kerana melancarkan peperangan di negara asing.
Dalam satu temu bual, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis percaya bahawa Azzimudie masih hidup dan bersembunyi di beberapa pulau-pulau di negara asalnya.
"Azzimudie pasti tidak berada di Lahad Datu, mereka (jurucakap Sulu Abraham Idjirani) boleh terus menegaskan bahawa Azzimudie masih di Lahad Datu, bersembunyi dan bergerak
Walau bagaimanapun, Hamza tidak menolak kemungkinan bahawa Aghimuddin masih merancang untuk melancarkan perang gerila di Sabah.
Beliau mengesyaki bahawa ahli-ahli keluarga Azzimudie menegaskan bahawa Raja Muda itu masih berada di Sabah kerana dia (Azzimudie) telah membuat banyak janji-janji (sebelum kejadian serangan) kepada kumpulan lelaki bersenjata Sulu, yang kini telah pun mati atau menghadapi tuduhan jenayah di Malaysia.
"Jadi untuk menghalang beliau daripada dibunuh (di Filipina), mereka perlu mengatakan bahawa Azzimudie masih berada di Lahad Datu dan masih berjuang,'' katanya, sambil menambah tidak ada sebarang pertempuran antara kumpulan bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan di Sabah sejak pencerobohan itu ditamatkan pada awal April.
Sejak peristiwa itu Kampung Tanduo telah ditutup kepada
Dalam satu temu bual
Idjirani, bagaimanapun tidak tahu lokasi sebenar iparnyanya itu.
"Saya tahu bahawa dia bersembunyi di dalam hutan dan telah menggunakan taktik gerila dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain di sekitar Kampung Tanduo," katanya.
Idjirani mendakwa bahawa beliau sering bercakap dengan Azzimudie.
"Malah saya bercakap dengannya dua hari lepas. Dia menghubungi kami dan memberitahu bahawa terdapat satu pertempuran antara Tentera Diraja Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di Batu 9, Lahad Datu pada 16 Jun dan Kampung Labian pada 18 Jun, lalu" katanya.
Jurucakap itu percaya bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak dapat mencari Azzimudie kerana beliau tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya.
"Dia tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya, seperti pada bulan Mac lalu (semasa pengeboman udara), dia sedar bahawa dia akan mudah dikesan jika menggunakan telefon bimbit,'' katanya.
"Raja Muda dan pengikut-pengikutnya adalah pejuang berpengalaman, walaupun pasukan Malaysia mempunyai lebih banyak senjata api tetapi mereka tidak dapat mengalahkan mereka," katanya, sambil mendakwa pasukan Malaysia sedang berhati-hati dalam menghadapi mereka.
Seramai 35 pengikut Azzimudie telah ditahan oleh pihak berkuasa Filipina selepas mereka pulang dari Lahad Datu baru-baru ini, Biro Siasatan Filipina mengsyorkan pelbagai tuduhan jenayah - termasuk berperang dengan negara asing - dikenakan terhadap Raja Muda dan pengikut-pengikutnya yang memasuki Kampung Tanduo antara 9 dan 12 Feb.
Seramai 73 penceroboh terbunuh (59 mayat telah ditemui) dalam pertempuran selama lapan minggu antara pasukan bersenjata dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Polis Malaysia telah menahan 184 orang dan 31 daripadanya telah dikenakan dakwaan dengan pelbagai kesalahan jenayah, termasuk melancarkan perang terhadap YDP Agong. Kes mereka sedang dijalankan di mahkama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan