KUALA TERENGGANU 03 Julai : “Saya tidak boleh berdiam diri dalam skandal balak 12,000 ekar yang berlaku di negeri (Terengganu) ini. Tanah ini adalah tanah rakyat, wang RM30 juta juga wang rakyat.
“Mereka yang rasuah dan menyeleweng wang rakyat hendaklah dibawa ke pengadilan mahkamah.
“Rakyat mesti terus mendesak mendapat penerangan dan penjelasan yang ‘masuk akal’ dan bukannya penerangan samar-samar untuk mencari jalan mereka yang bersalah terlepas dari tindakan mahkamah,” kata Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail kepada Harakahdaily.
Beliau turut mengulangi desakan agar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said segera menjawab isu skandal balak serta wang ‘panas’ tersebut.
Katanya, skandal pemberian 12,000 ekar kawasan balak kepada 12 buah kilang papan di Terengganu belum lagi mendapat jawapan munasabah daripada Ahmad.
“Saya mahukan MB Terengganu berhenti main sandiwara murahan dengan memberi jawapan yang samar-samar dan tidak bertanggungjawab dalam kes skandal balak ini,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan