SPECIAL ADS

11 Julai 2013

Pakatan sokong penubuhan MECD asalkan bebas rasuah

KUALA LUMPUR 10 JULAI: Pakatan Rakyat sentiasa menyokong penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang bertujuan mempertingkat ekonomi bumiputera selagi ia berteraskan ketelusan, keterbukaan dan bebas rasuah, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
“Untuk rekod Dewan (Rakyat), saya perlu maklumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoal satu kementerian yang diberi amanah untuk memajukan dan mempertingkan kedudukan ekonomi bumiputera selagi ia dibuat dengan penuh ketelusan, terbuka dan bebas dari rasuah.
Rafizi_bahas_SPRM“Apa yang dipersoalkan selama ini adalah keberkesanan agensi-agensi ini kerana tidak nampak bagaimana ada peningkatan mendadak dari segi penglibatan dan juga kemajuan bumiputera seperti yang digariskan kerajaan sendiri,” kata Rafizi yang juga Pengarah Strategi KEADILAN pada sidang Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan kepada Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menjawab isu itu bagi mewakili Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak yang ponteng untuk hari ketiga berturut-turut mulai Isnin lalu.
Wahid dalam jawapannya tidak menyatakan sama ada MECD diwujudkan semula selepas ia dimansuhkan sebaik Najib menjadi PM pada 4 April 2009 dan lebih 20 agensi di bawahnya diletakkan di lapan kementerian lain.
“Pengalaman semasa berada di sektor swasta, kedudukan agensi di bawah satu kementerian tidak penting, yang penting apa jua program yang dilaksana agensi berkesan walaupun kita maklum tidak semua program berkesan,” kata Wahid mengakui ekuiti 30 peratus ekonomi Bumiputera belum dicapai sejak ia disasar pada 1971.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom menyifatkan program di beberapa kementerian bersifat ‘syok sendiri’ ekoran wujud peserta sama bagi program yang dianjur di kementerian berbeza sekaligus membazirkan wang rakyat dan ia diakui Wahid.

Tiada ulasan: