SPECIAL ADS

2 Mei 2014

Anwar : Fitnah II: Umno hati busuk mahu penjara saya lebih lama

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Umno BN kerana sekali lagi memperalat institusi kehakiman dalam kes Fitnah II, untuk memenjarakan beliau dalam tempoh yang lebih panjang.
Anwar 1Anwar berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Pendakwa Raya dalam kes Fitnah II dipercayai akan memohon hukuman ke atasnya dipanjangkan dari lima ke 10 tahun.
Menurut Anwar, maklumat berkenaan diketahui melalui satu sumber, yang tidak beliau sebutkan.
“Saya dapat maklumat mereka akan mohon supaya hukuman penjara ke atas saya ditambah dari lima ke 10 tahun,” kata Anwar, dipetik SelangorKini.
“Inilah dia Umno berhati busuk, lima tahun (penjara) pun masih tak puas hati. Gunakan pula institusi kehakiman,” katanya di hadapan kira-kira lebih 50,000 perserta pada Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka.
Kata Anwar, nasib sama turut dialami mendiang Karpal Singh yang dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini atas tuduhan hasutan dalam krisis Perlembagaan Perak.
“Karpal pejuang gigih bela nasib rakyat, berkerusi roda pun Umno tak berhati perut, masih tak puas hati,” kata Anwar lagi.
Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyeru orang ramai hadir pada perbicaraan kes Fitnah II di Mahkamah Persekutuan nanti. SK

Tiada ulasan: