Ukuran yang ada buat masa ini ialah mengukurnya dengan kelajuan cahaya iaitu 186 ribu batu sesaat.
Ini kerana, berapa lama cahaya mengambil masa untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dalam setahun adalah panduan yang kita ada dan boleh diguna pakai. Dan jarak perjalanan cahaya ialah 5,879,000,000,000 batu setahun!
Disebabkan sesetengah bintang adalah terlalu jauh, walaupun ia sudah meletup dan hilang, kita masih dapat melihat cahayanya di langit pada waktu malam.
Hakikat sebenarnya, bintang tersebut sudah tidak wujud lagi. Ia sepatutnya tidak ada lagi ditempatnya. Tetapi kita masih dapat melihat bintang tersebut sebab cahaya terakhirnya belum sampai kepada kita.
Untuk memahami keluasan langit, kita boleh melihat kepada kiasan yang dikemukakan oleh Robert Jastrow, bekas pengarah Pusat Goddard NASA.
Bayangkan Matahari adalah sebesar sebiji oren. Pada skala tersebut, Bumi hanya bersaiz sebutir pasir yang mengelilingi Matahari pada jarak 30 kaki.
Planet Musytari pula adalah 11 kali lebih besar daripada Bumi dan mengelilingi Matahari pada jarak satu blok rumah.
Planet Saturn pula berada dua blok lebih jauh dan Pluto (bukan lagi sebuah planet), yang paling jauh dalam Sistem Solar ini berada 10 blok rumah dari Matahari.
Pada skala yang sama, purata jauhnya di antara bintang-bintang adalah 2 ribu batu. Bintang terdekat dengan Matahari kita iaitu Alpha Centauri adalah 1,300 batu jauhnya.
Pada skala yang sama, galaksi adalah kluster bintang-bintang yang dipisahkan sebanyak 2,000 batu. Kesemua kluster buah oren tersebut (galaksi) mempunyai diameter selebar 20 juta batu.
Bayangkan, ini hanyalah kiasan atau model yang kalau kita hamparkan diatas permukaan Bumi - butiran pasir dan buah-buahan oren sebagai planet.
Realiti sebenar dilangit amatlah hebat serta luas. Saintis sendiri tidak dapat menggambarkan jarak sebenar di antara galaksi-galaksi.
Subhaanallah..
-SENTIASAPANAS.COM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan