KUALA LUMPUR, 02 JULAI: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar pengangguran di negara ini lebih tinggi berbanding dinyatakan kerajaan persekutuan iaitu tiga peratus.
Katanya, ini kerana ada diantara rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan namun tidak didaftarkan bagi statistik tersebut.
“Kadar pengangguran patut lebih realistik. Bukan hanya ikut nada politik. Kita ambil contoh kadar pengangguran siswazah mencecah 80,000 orang.
“Saya minta Senator kalau jawab jangan hanya ikut skrip disediakan pegawai semata-mata,” kata Anwar menggamatkan Dewan Rakyat.
Soalan tambahan itu diajukan Anwar kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Wahid Omar.
Wahid menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (Gombak) bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak hadir
Azmin meminta Perdana Menteri menyatakan usaha kerajaan menurunkan kadar pengangguran di Malaysia yang statik tiga peratus sejak beberapa tahun lalu.
Najib turut gagal menjawab berhubung program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menyerahkannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan