SPECIAL ADS

2 Julai 2013

Potong cukai eksais mekanisme terbaik turunkan harga kereta

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan, pemotongan cukai eksais sebanyak lima peratus adalah langkah terbaik bagi menurunkan harga kereta tempatan dan import.
RafiziKatanya, ini berbeza dengan tindakan Umno BN yang memaksa syarikat pengeluar kereta menurunkan harga kereta.
“Sebab itu kita cadangkan supaya duti eksais itu yang dipotong secara berperingkat seperti dipersetujui Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat.
“Dengan pemotongan duti eksais itu, tidak ada alasan oleh mana-mana syarikat untuk tidak menurunkan harga (kereta),” katanya dalam soalan tambahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Hamim Samuri dalam jawapannya bagaimanapun menolak cadangan itu dengan alasan pemotongan cukai eksais tidak menjamin penurunan harga kereta.
Turunkan harga keretaRafizi berkata, pemotongan cukai lima peratus itu hanya menelan belanja RM350 juta setahun berbanding tindakan Umno BN meluluskan peruntukan RM250 juta kepada keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang hanya dinikmati segelintir individu.
“Soalan asal saya kepada Menteri ialah kenapa kerajaan enggan melaksanakan pemotongan cukai eksais sedangkan pemotongan lima peratus hanya menelan belanja RM350 juta setahun yang akan membawa kesan besar kepada seluruh rakyat.
“Jumlah ini lebih kecil berbanding peruntukan RM250 juta misalnya yang diberikan kepada keluarga Menteri untuk memelihara lembu,” katanya disambut tepukan meja Ahli Parlimen lain tanda setuju.
Kehangatan dewan bagaimanapun dicantas Timbalan Speaker dengan memberi laluan soalan lain berkaitan Hemodialisis.

Tiada ulasan: