SPECIAL ADS

12 Julai 2013

'Jangan jadikan masalah teknikal alasan tolak IPCMC'

Kuala Lumpur 12 Julai : Pihak berkuasa perlu berhenti menggunakan "masalah teknikal" berkaitan cadangan mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai alasan untuk menolak penubuhannya, kata Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

NONEMah (kanan) merujuk kepada dakwaan seorang timbalan menteri 
bahawa IPCMC bertentangan dengan konsep keadilan, kerana ia melucutkan hak anggota polis yang sedang disiasat untuk merayu dan membuat representasi perundangan.

Sebaliknya, tegas Mah, pihak polis sepatutnya "mengalu-alukan langkah meneliti tugas mereka" kerana IPCMC berada dalam rangka kerja perlembagaan Malaysia.

Beliau juga berkata masalah jenayah di Malaysia tidak boleh diselesaikan jika pihak berkuasa terus bergantung kepada undang-undang pencegahan.

Mah berpendapat bahawa kenaikan kadar jenayah baru-baru ini bukan kerana ketiadaan undang-undang pencegahan seperti Ordinan Darurat (EO), tetapi disebabkan oleh pihak polis terlalu bergantung kepada langkah-langkah sementara tanpa perlu menyiasat jenayah.

Beliau juga berkata polis menduduki tempat teratas senarai aduan orang awam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), menunjukkan bahawa rakyat tidak puas hati dengan kerja-kerja polis.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, dalam satu kenyataan berasingan, juga menggesa kerajaan supaya berhenti "memberi gambaran" bahawa cadangan melaksanakan IPCMC adalah untuk mensasarkan pihak polis.

Menurutnya, tiada siapa pun yang mengatakan bahawa keseluruhan pasukan polis tidak buat kerja atau tidak melaksanakan tugas mereka.

Bagaimanapun, tambahnya, terdapat cukup kes kematian dalam tahanan dan aduan-aduan lain mengenai penggunaan kekerasan yang berlebihan yang patut disiasat oleh suruhanjaya bebas

Tiada ulasan: