SPECIAL ADS

12 Julai 2013

MP PJ Selatan: Tol seluruh negara dijangka naik 2014

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dijangka menaikkan kadar tol di seluruh negara bermula 2014, merujuk jawapan Kementerian Kerja Raya kepada ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.
Hee (gambar) dalam soalannya di Dewan Rakyat 9 Julai lalu meminta Kementerian menyatakan langkah pengurangan atau pemansuhan tol di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.
Namun, berdasarkan jawapan menteri, kerajaan hanya berjanji bahawa tiada kenaikan tol di lebuh raya kendalian kendalian PLUS Expressway Berhad bagi tempoh 2011 hingga 2015.Hee_Loy_Sian
Manakala di lebuh raya kendalian MTD Capital Berhad bagi tempoh 2011 hingga 2013.
Sementara itu, penurunan kadar tol Kenderaan Kelas 1 di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) seperti diumum kerajaan 15 Januari lalu hanya sah bagi tempoh 2013 hingga 2015.
“(Ini bermakna) rakyat khususnya pengguna jalan raya tetap akan mengalami kenaikan kadar tol selepas 2014 dan 2015,” katanya lagi.
Justeru katanya, kandungan manifesto BN pilihan raya umum ke-13 kononnya untuk mengurangkan bilangan konsesi tol dalam tempoh lima tahun hanya ‘omong kosong’.
“Ulasan panjang lebar Kementerian Kerja Raya langsung tidak menyentuh pelan pengurangan atau pemansuhan tol seluruh negara,” katanya.
Oleh: Masdar Wahid

Tiada ulasan: