SPECIAL ADS

10 Julai 2013

Jangan kembalikan akta zalim

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong membantah cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menggubal akta baru bagi menggantikan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Menurut Steven, usaha Zahid Hamidi menghidupkan kembali akta zalim yang sering diperalat untuk menindas rakyat terutamanya ahli politik dan penyokong pembangkang tidak wajar dilaksanakan.
“Seharusnya tumpuan perlu diberi keutamaan bagi memerangi kes jenayah yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan.
anti-isaBeliau menggesa kerajaan memperbaiki undang-undang jenayah seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah selain meningkatkan kecekapan polis dan bukannya membuat intipan politik.
Kata Steven, kerajaan hanya memperuntukkan sembilan peratus sumber manusia PDRM untuk kerja-kerja Jabatan Siasatan Jenayah (CID).
“Ini bukan sahaja menyebabkan kecekapan polis merudum, malah tindakan kerajaan itu membahayakan anggota polis yang berhadapan dengan jenayah,” ujarnya.
Justeru, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu dilaksana segera bagi membanteras rasuah dan meningkatkan profesionalisme PDRM.

Tiada ulasan: