GELANG PATAH 08 Julai : Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan dakwaan di laman-lama sosial Pulau Pinang bakal dijadikan sebagai sebuah negeri Kristian selepas parti berkenaan memerintah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengakui penyebaran fitnah itu merupakan salah satu propaganda pihak tertentu untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu.
Menurutnya, pihak terbabit juga dakwanya semakin terancam apabila sokongan pengundi kepada PR begitu memberangsangkan ketika PRU13 sekali gus membuktikan rakyat inginkan perubahan ke arah politik lebih baik dan bebas daripada rasuah, kronisme dan salah guna kuasa.
“Ketika saya diumumkan bertanding di Gelang Patah, ada juga pihak yang meramalkan bakal berlaku konfrontasi kaum selain melabel DAP sebagai anti Melayu dan Islam. Sebaliknya lain pula berlaku ketika saya menang, ramai pengundi Melayu yang mengucapkan tahniah dan menyambut baik kemenangan itu.
“Malah ada juga kenyataan tidak bertanggungjawab menyatakan tsunami Cina atau Cina cuba rampas kuasa. DAP bersama PR menolak amalan politik rasis, sebaliknya kita bersama rakyat berbilang kaum tekad ke arah politik baru, ke arah satu matlamat iaitu Impian Malaysia,” katanya.
Kit Siang berkata demikian sempena Perasmian Kempen Impian Malaysia dan Pelancaran Ejen Impian di Pejabat DAP Gelang Patah, di sini, semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan