KUALA LUMPUR 08 Julai : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan seperti mana komitmen perdana menteri dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.
Menurut Izzah, Akta Hasutan 1948 diwujudkan oleh pihak kolonial British dan mempunyai peruntukan yang menyekat hak Perlembagaan dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
"Bahasa yang diguna pakai di dalam Akta tersebut adalah terlalu luas hingga mencangkup segala kritikan serta ucapan yang menyoal atau mengkritik kerajaan walaupun dasar serta tindakan kerajaan itu mungkin tidak menguntungkan negara atau rakyat.
"Pengalaman lampau dan terkini pemimpin PR serta aktivis tempatan membuktikan bagaimana Akta ini disalahguna demi menghukum individu yang tidak bersetuju dengan kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut menyangkal dakwaan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa sekiranya Akta Hasutan dimansuhkan tidak ada undang-undang yang boleh menjamin masyarakat selamat dari tindakan mereka yang cuba menghasut.
"Saya berpendirian bahawa undang-undang sedia ada mencukupi, sebagai contoh Seksyen 505 Kanun Keseksaan (Akta 574) mampu menangani kenyataan-kenyataan yang mungkin mengakibatkan ketakutan dan kegusaran di kalangan masyarakat," katanya.
Oleh itu, Izzah berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyatakan pendirian muktamad mengenai janji memansuhkan Akta Hasutan ini.
"Perdana Menteri perlu bersuara dan nyatakan pendirian, supaya integriti serta kredebiliti kerajaan tidak dipersoal oleh rakyat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan