Menurut Agus, setelah enam bulan pilihan raya umum berlalu hanya beberapa ahli Parlimen muda yang kelihatan aktif di Parlimen.
"Dari barisan pembangkang saya melihat yang aktif di Parlimen adalah dari DAP dan PKR, itupun beberapa sahaja yang betul-betul aktif.
"...dari Pas, saya melihat ahli Parlimen mudanya sepi. Jika meragui kenyataan saya ini, pergilah ke Parlimen, sunyi!," katanya yang ditulis dalam laman sosial Facebook miliknya.
Beliau mengambil contoh, semasa perbahasan laporan audit, suara dari ahli Parlimen muda Pas tidak ada yang dapat dibanggakan. Tetapi dari PKR mujur ada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, 33, yang lantang bersuara.
"Sementara dari DAP, saya lihat ramai yang menyerlah, antaranya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
"Tetapi apa yang saya puas hati ialah dengan YB Khairy Jamaluddin, 37, sebagai menteri Kabinet," katanya.
Sehubungan dengan itu, Agus berharap pemimpin muda supaya berani menongkah arus agar Parlimen terus kelihatan 'bernyawa' dengan budaya perbahasan yang kreatif dan menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan