14 Nov : Apabila Presiden China, Xi Jinping melawat Malaysia, saya mendapat maklumat bahawa Politburo China menyediakan dana berjumlah USD500 billion untuk dilaburkan di Asean untuk lima tahun yang akan datang.
Mengikut keutamaan, Malaysia adalah sasaran utama diikuti dengan Indonesia , Thailand dan Singapura.
Zaman kegemilangan Nusantara pada abad ke-12 dijangka mengalami ‘Renaissance’.
Komitmen China kepada rantau ini jelas dengan penyertaan syarikat China dalam projek kabel bawah tanah Pulau Pinang berjumlah RM6.3 billion dan penubuhan pejabat konsul China di Penang.
Nusantara Melayu menjangkau pada era kegemilangannya adalah dari Aceh ke selatan Filipina. Tetapi persoalannya dewasa ini adalah adakah orang Melayu yang menjadi etnik terbesar di Asia Tenggara mampu menggarap peluang yang dibawa oleh Renaissance ini.
Kebanyakan orang Melayu terpinggir dan status orang Melayu paling nyata di Malaysia. Di Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura mereka sekadar menjadi warga kelas kedua yang berada dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.
Apa yang orang Melayu patut buat untuk tidak ketinggalan dari arus pembangunan dan perubahan yang sedang dan akan melanda Asia Tenggara?
Perubahan minda dan muhasabah diri adalah elemen yang penting untuk memastikan Melayu tidak tinggal di takuk lama. Orang Melayu yang majoritinya Islam nampak ketara tidak dapat bergerak sederap dengan kaum lain dalam menyahut cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi.
Senjata yang paling kuat dan mustajab yang ada pada orang Melayu adalah agama. Di Perancis, soal agama adalah hal peribadi individu tetapi orang Asia mungkin tidak bersedia menerima perubahan yang radikal ini.
Sumber jurisprudens Islam, Al-Quran dan Sunnah mesti diberi pendekatan kontemporari tetapi apa yang yang akan menyuluh jalan yang tidak menentu di depan adalah ijtihad.
Ijtihad atau penaakulan ulama perlu dilakukan oleh ulama berpaksikan agama dan bukannya ahli politik yang mempunyai kepentingan kerjaya politiknya.
Di Malaysia , intervensi oleh bidang kehakiman mengeruhkan hubungan antara rakyat yang majmuk agamanya bidang eksekutif pula tidak member kepimpinan kepada orang Islam.
Natijahnya, orang Melayu masih kabur tentang pelbagai aspek dan ini meletakkan mereka dalam keadaan tertekan untuk mendapat benafaat dari zaman Renaissance Melayu.
Oleh: Ranjit Singh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan