SPECIAL ADS

4 November 2013

Harga gula dunia turun, mengapa Malaysia mahal?

05 Nov : Tidak wajar sekiranya kerajaan tidak mampu menanggung subsidi gula, kerana trend dunia menunjukkan penurunan harga, kata Penyelidik Institut Rakyat (IR), Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

“Trend harga gula menurun ketika ini. Jadi tidak wajar kerajaan tidak boleh menampung subsidi,” katanya.

Azrul berkata, kadar harga gula yang diimport dari sesebuah negara adalah berdasarkan harga pasaran sesuatu kontrak ditandatangani.

Jelasnya, kerajaan perlu mempertimbangkan keperluan semasa rakyat dan kebarangkalian kenaikan harga secara teliti.

Laman web Futures pada September 2013 melaporkan peningkatan pengeluaran gula di Brazil, India dan Thailand, dalam masa yang sama permintaan gula rendah di pasaran dunia menyebabkan harganya rendah.

Justeru, Azrul membayangkan Malaysia tidak menyediakan pakar untuk membaca pasaran selain kumpulan perunding sebelum membuat sesuatu perjanjian dengan pengeluar gula antarabangsa.

“Kita bimbang kerajaan memuktamadkan kontrak pada harga yang tinggi. Bila harga gula di pasaran dunia menurun, Malaysia tidak ada pilihan.

“Katakanlah Malaysia telah tanda tangan sesuatu kontrak bagi tempoh tiga tahun. Kita kena patuh kepada perjanjian tersebut,”
jelasnya.

Tiada ulasan: