Kenapa orang Melayu begitu taksub untuk menjadi tuan keatas golongan minoriti di negara ini? Adakah mereka telah di “brainwash” oleh pemimpin-pemimpin mereka atau adakah ia hanya sifat buruk mereka, sejenis mekanisme untuk mempertahanan diri dan perasaan takut yang perlu digembar-gemburkan kepada kaum-kaum lain?
Soalan yang sukar walaupun jawapannya senang untuk didapati.
Penutupan perhimpunan UMNO berakhir dengan perasaan tidak puas hati dikalangan ahli dan ada bukti mencukupi ynag menunjukkan bahawa UMNO tidak berpuas hati dengan apa berlaku ke atas orang Melayu selama ini dan oleh sebab itulah perasaan marah dan benci ditunjukkan kepada kaum lain oleh pemimpinnya.
Tetapi bilakah pemimpin UMNO akan mengakui kesilapan dan kelemahan mereka dan berhenti menyalahkan orang bukan Melayu ? Jika mereka belajar untuk benar-benar menghayati “prinsip demokrasi” atau demokrasi tulen dan bukannya demokrasi versi mereka sendiri, semuanya akan menjadi lebih baik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Cara pelik UMNO melaksanakan demokrasi palsu setelah mengusir Tunku Abdul Rahman dari kerusi Perdana Menteri patut dipersalahkan sepenuhnya ke atas nasib Malaysia yang sedang munuju ke arah kehancuran.
Terdapat bukti sejarah yang menunjukkan bahawa bukanlah orang Melayu atau Cina atau India yang telah mengkucar-kacirkan negara tetapi gara-gara pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang memimpin sejak tahun 1970 yang telah memesongkan dasar-dasar negara.
Jika Malaysia hari ini berpecah dan berada dalam keadaan kekeliruan dan tidak mempunyai hala tuju, ia adalah kerana helah bodoh pemimpin-pemimpin yang kurang bijak dalam UMNO. Mereka telah menyebabkan keadaan huru-hara dan mengakibatkan negara tenggelam semakin jauh ke dalam pasir jerlus.
UMNO perlu berfikir untuk berubah
Transformasi, iaitu transformasi sebenar adalah jalan keluar bagi rakyat Malaysia. UMNO mesti memahami dan berfikir bukan berdasarkan kaum tetapi dari segi prinsip-prinsip global kerana sekarang kita berada dalam era globalisasi.
Dengan berfikiran sempit dan hanya memikirkan orang Melayu, ini hanya akan mengakibatkan bahaya yang serius dan Negara bakal tenggelam jauh ke dalam paya dan berakhir sebagai sebuah negara yang gagal atau negara penyangak. Tanda-tanda dan gejala-gejala bahawa Malaysia bakal mengalami kelesuan dan kesukaran sebuah negara yang pincang mulai jelas.
Inilah sebabnya mengapa pemimpin-pemimpin UMNO perlu kembali berfikiran waras dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri . Perlu juga bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk menukar strategi mereka dan bukan lagi hanya mencanangkan tema-tema lama seperti rekod yang sudah rosak .
UMNO yang dikatakan juara perjuangan orang Melayu mesti bangun dan sedar akan keadaan sebenar di negara ini dan turun padang untuk berkhidmat dan memenuhi keperluan rakyat. Ini adalah apa yang negara-negara maju sedang lakukan walaupun mereka juga mempunyai rakyat dari pelbagai budaya tetapi telah berjaya mengikut rentak globalisasi dengan berhadapan dengan realiti hidup sebenar di dunia hari ini.
Pada masa ini, pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang kuasa di negara ini dengan idea-idea kabur mereka sering mengugut dan menakut-nakutkan orang Melayu untuk berfikir bahawa orang bukan Melayu merupakan musuh utama mereka. Ini sesuatu yang tidak patut, berniat jahat untuk mencengkam dan menguasai mereka agar sentiasa memberi undi supaya UMNO kekal berkuasa dan bukannya berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu.
Pemimpin UMNO jangan fikir bahawa agenda sebenar mereka tidak diketahui oleh orang Melayu dan kaum-kaum lain. Sebabnya mudah, " sandiwara " mereka telah dimainkan lebih lama dari kebanyakan pementasan Broadway dan inilah sebabnya rakyat Malaysia sudah tahu niat dan motif sebenar mereka.
Agenda pemimpin-pemimpin UMNO adalah mudah - menggunakan orang Melayu untuk berpaut kepada kuasa tertinggi di negara ini. Tetapi menurut keputusan PRU ke -13, jika ia dianalisis dengan teliti dan tepat, ia menunjukkan satu anjakan paradigma oleh pengundi Malaysia yang lebih memihak kepada nilai-nilai saksama.
Melayu sudah sedar, tahu dan kenal helah UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka bahawa mereka bukanlah benar-benar serius atau ikhlas tetapi mementingkan diri sendiri dan bersifat tamak yakni ketamakan yang tidak mengenal batas.
Ini adalah dilema sebenar orang Melayu dimana hakikatnya kebajikan dan kesejahteraan mereka dipergunakan sebagai alasan oleh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya untuk berpaut kepada kuasa dan sekaligus memperkayakan diri dan menggalakkan elitisme.
Inilah dilemma sebenar orang Melayu.
Pilihan-pilihan bagi orang Melayu
Walaupun pilihan bagi orang Melayu untuk membetulkan keadaan ada pada alternatif Pakatan Rakyat (PR) terdapat kelemahan tertentu seperti yang ditunjukkan selesai PRU ke-13. PR bukan sahaja satu pilihan yang baik untuk orang Melayu tetapi untuk masyarakat Cina dan India juga.
Kelemahan bagi rakyat Malaysia dalam bergantung dan meletakkan kepercayaan kepada PR adalah apabila terdapat perbezaan pendapat di antara mereka, ia selalunya menyebabkan mereka berpecah.
Inilah sebabnya mengapa sebahagian besar daripada pengundi, terutamanya di Malaysia Timur , melihat PR sebagai alternatif yang berdaya maju tetapi daya tarikannya berkurangan apabila memikirkan hakikat bahawa pakatan pembangkang mengalami perpecahan yang amat ketara.
Ini adalah satu-satunya sebab mengapa BN dan UMNO masih berkuasa. Tetapi Jika PR dapat bersatu dan mencapai persetujuan, ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk memilih mereka sebagai kuasa politik pada masa hadapan. Tetapi hakikatnya perselisihan di dalam ketiga-tiga parti dalam PR adalah agak serius.
Ini pasti meletakkan masa depan rakyat Malaysia dalam keadaan tidak menentu tentang arah politik dan kepimpinan mereka. Mereka seperti ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’.
Orang Melayulah yang akan terkesan oleh perebutan antara BN dan PR seperti pepatah Melayu : "Gajah sama gajah berjuang , pelanduk mati ditengah – tengah.”
Sejak kemunculan PR sebagai kuasa politik yang kuat, negara Malaysia telah berada dalam keadaan tidak menentu kerana seolah-oleh BN dan PR mengadakan perlawanan ‘tarik tali’ pada masa yang sama. Ini telah mengakibatkan kemajuan yang sepatutnya dirasai seperti terbantut.
Melayu memegang kunci kerana merekalah majoriti
Orang-orang Melayulah yang sebenarnya mempunyai kekuatan dari segi jumlah untuk benar-benar menentukan nasib negara kerana merekalah kumpulan majoriti disini. Malangnya, setakat ini mereka telah gagal untuk menggunakan sepenuhnya kuasa mereka untuk mengundi, memilih dan membuat keputusan untuk diri mereka bagi menentukan siapa pemimpin-pemimpin yang berupaya membawa mereka ke hadapan.
Inilah sebabnya Malaysia masih lagi berlegar-legar di tempat yang sama dan gagal untuk bergerak ke hadapan dalam Millennium Baru ini. Melayu perlu berani dan jujur dan benar-benar mahukan kemajuan dan berjaya dalam kehidupan dan satu-satunya cara mereka untuk berbuat demikian adalah untuk mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan tanggungjawab demokrasi.
Hanya dengan mengakui kebenaran dan mematuhi peraturan sebenar orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini boleh membawa Malaysia ke hadapan dan menjadi bangsa yang gemilang. Jalan ke hadapan perlukan kita untuk menjauhi politik jahat penuh penipuan dan menyokong mereka yang menegakkan integriti dan bersifat jujur.
Ini adalah satu-satunya cara bagi Malaysia untuk mengeluarkan dirinya keluar dari ambang kegagalan. Ia adalah terpulang kepada orang Melayu kerana merekalah yang memegang kunci untuk membuat keputusan sama ada Malaysia berjaya atau gagal. Oleh itu, adalah lebih baik bagi mereka untuk berfikir secara rasional, dengan menggunakan akal yang telah dikurniakan, dan belajar untuk bergerak ke hadapan dengan kaum-kaum lain atau bersedia untuk menuju kehancuran.
Oleh: Rakyat Marhaen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan