18 Nov : Sistem kehakiman hanya akan bebas selepas hakim berhenti daripada menerima habuan kewangan dan pangkat dalam menjalankan tugas mereka, kata bekas hakim Mahkamah Tinggi ketika berucap kepada peguam dan ahli akademik di Kuantan, hari ini.
Datuk V T Singham (gambar), ketika muncul kali pertama selepas bersara empat bulan lalu berkata, perkara itu bukan kebebasan kehakiman yang perlu diketengahkan.
"Kebebasan sistem kehakiman bergantung kepada integriti dan kesedaran setiap hakim.
"Hakim yang diamanahkan dengan kuasa dan akujanji untuk melaksanakan tugas perlu melakukannya tanpa mengharapkan balasan kewangan atau pangkat.
"Mereka tidak seharusnya menjadi galeri awam," katanya merujuk kepada hakim yang membuat sebarang keputusan bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa.
Singham berkata demikian ketika berucap dalam majlis anjuran Majlis Peguam Pahang di Kampus Cawangan Universiti Islam Antarabangsa di Indera Mahkota.
Katanya, perkataan keramat "kebebasan sistem kehakiman" akan sia-sia jika hakim dan pegawai mahkamah tidak bebas dalam membuat keputusan.
"Perkataan itu hanya akan menjadi slogan. Undang-undang dan peguam tidak seharusnya menjadi mangsa jika penghakiman dipengaruhi pelbagai faktor,” katanya.
Singham, 65, turut menyeru pentadbir perundangan untuk adil kepada hakim dan pegawai mahkamah apabila melibatkan soal kenaikan pangkat, kerana ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa.
Singham sebelum ini dalam keputusan terakhirnya sebagai hakim menjatuhkan kehakiman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung kes kematian dalam tahanan, A Kugan.
Pihak pendakwa memenangi kes berkenaan dengan ibu Kugan menerima bayaran RM800,000 setelah memenangi kes berkenaan menentang polis dan kerajaan.
Beliau yang dikenali sebagai seorang yang tegas beberapa kali dinafikan kenaikan pangkat.
Kebanyakan rakannya yang dijadikan Suruhanjaya Kehakiman sepertinya sejak 13 tahun lalu sudah berpindah ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Keadaan itu menjadikan Singham hakim Mahkamah Tinggi paling tua di Malaysia. ~tmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan