SPECIAL ADS

13 November 2013

Isu AG: Wibawa penjawat tertinggi dipertikai

13 Nov : Episod baru membabitkan Peguam Negara (AG), Abdul Gani Patail adalah antara kemelut yang dihadapi oleh kerajaan amnya dan Mohd Najib khususnya bersabit pelantikan pegawai-pegawai teratas atau penyambungan kontrak mereka yang berulang kali setelah tempoh mereka bersara lama berlalu.

Demikian tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya, semalam.

Baginya, amalan menjadikan beberapa jawatan teratas dalam Perkhidmatan Awam dan badan separa kerajaan, seperti Bank Negara, sebagai “personel-to-holder” (khas untuk penyandang) telah membawa kepada kealpaan, kelekaan dan persekongkolan di mana mereka saling lindung-melindungi.

Menurut beliau, ada pesara yang diberi lanjutan jawatan hingga lima tahun yang tidak pernah diamalkan sebelum ini.

Tambahnya, turut dikhuatiri ialah penjawat seperti itu menggunakan maklumat dan rahsia kerajaan sebagai senjata, penawar dan pendinding bagi memanjangkan usia kerjaya dan melindungi mereka daripada tindakan tata-tertib dan undang-undang.

Sementara itu, akibat monopoli jawatan oleh penyandang tertentu menyebabkan proses pewarisan jawatan terbantut atau terhenti terus.

Beliau menambah, banyak pegawai yang layak dan sampai waktu mengambil alih tidak dinaikkan pangkat atau dipindahkan ke tempat lain. 

“Ada yang pencen tanpa sampai ke jawatan dan gred yang menjadi hak mereka. Ini adalah antara punca banyak kakitangan awam tidak puas hati terhadap kerajaan,” tulisnya lagi. HD

Baca di sini

Tiada ulasan: