SPECIAL ADS

10 November 2013

Gani atau Najib dan kabinet patut berundur

10 Nov :Hari ini isu besar yang kita dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani. 

“Di antara isunya, selain dari isu terbaru iaitu tentang kehadiran dua orang penasihat kepada Peguam Negara dari AS itu, ialah isu yang sering ditimbulkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim sejak beberapa tahun yang lalu,” tulis Aspan di dalam blognya. 

Semuanya itu, ujarnya tidak ada tindakan yang diambil oleh pimpinan khususnya oleh Perdana Menteri dan sebahagiannya berlaku semasa pimpinan Dr Mahathir sendiri. 

Tambahnya, tindakan Mahathir untuk mengetengahkan isu ini amatlah baik tetapi beliau juga perlu bertanggungjawab.

Ini, ujarnya kerana banyak juga isu terhadap Gani ini telah diketahui umum semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Dalam kes Gani Patail ini, Najib sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyenangkan hati rakyat,” tulisnya lagi.

Baginya, jika Gani telah melanggar undang-undang negara, tetapi Najib tidak juga mahu mengambil tindakan, maka Najib sendiri sepatutnya mengundurkan dirinya secepat yang mungkin kerana Peguam Negara itu adalah accountabilitykerajaan. H.D.

Baca lagi

Tiada ulasan: