SPECIAL ADS

3 November 2013

Replika potong kaki permainan politik keji

03 N0v : Pas menyifatkan tindakan tertentu antung replika patung dipotong kaki sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai tindakan tidak beradab.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyedihkan seluruh penduduk di sini, malah paling terasa adalah ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri.

"Saya sangat sedih, ini tidak bertanggungjawab, pokitik keji, tidak bermoral serta memburukkan orang yang telah meninggal dunia. Kita mahu kekalkan politik damai ini.

"Tan Sri Muhyiddin sebelum ini juga sudah mintak maaf. Keluarga Allahyarham pun sudah maafkan. Kedua-dua pihak berjiwa besar," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap isu replika patung kaki yang dipotong yang mencemar kepen hari-hari terakhir di Sngai Limau ini.

Mengulas lanjut, Mahuz berkata PAS bersetuju untuk membuat laporan polis, namun akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu.

Ditanya berhubung kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tindakan  tersebut strategi "reverse psychology" pihak lawan untuk memburukkan Umno, Mahfuz berkata hanya orang yang biasa dan berpengalaman berbuat demikian tahu perkara itu.


"Saya tak tahu siapa yang buat, tapi saya hairan dia kata reverse psychology. Hanya orang pernah buat dan berpengalaman sahaja tahu," katanya.

Mukhriz jangan bermuka-muka

Dalam pada itu, Mahfuz turut membidas Datuk Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar yang bermuka-muka.

Beliau merujuk kepada kenyataan Mukhriz yang menggambarkan Allahyarham Ustaz Azizan tidak berbuat apa-apa pembangunan sepajang sepenggal memerintah Kedah.

"Saya gembira semua orang ucap simpati pada Allahyarham.

"Tapi Mukhriz kononnya simpati, tapi di belakang, menghina Ustaz Azizan," katanya.

Beliau berkata, rekod menunjukkan bagaimana Allahyarham Ustaz Azizan sebelun ini berjaya menarik pelaburan ke Kedah dengan rekodnya yang baik.

"Dia (Mukhriz) sebelum ini timbalan menteri waktu dia jadi Ahli Parlimen Jerlun, apa yang dia bawa (pembangunan) di Jerlun.

"Mulut dia jangan celupar sangat," tegas Mahfuz.

Tiada ulasan: